PANDUAN ASAS MENGHANTAR SINOPSIS KE PTS ONE

Labels: ,

Penulis yang berminat untuk menghantar karya ke PTS ONE mestilah terlebih dahulu menghantar sinopsis cerita dan contoh dua bab yang sudah lengkap ditulis. Editor akan menilai sama ada sinopsis yang dihantar itu bersesuaian dengan konsep PTS ONE.

Berikut adalah format menghantar karya ke PTS ONE:

Genre: Sebarang genre yang bersesuaian dengan konsep PTS ONE.
Sasaran umur pembaca: 10 hingga peringkat awal Universiti.
Format Sinopsis dan manuskrip:
Font: Times New Roman/ saiz 12
Perenggan: Double Spacing.
Bab: Ditulis pada setiap permulaan Bab.
Panjang Sinopsis: MINIMUM: 700 patah perkataan sehingga dalam lingkungan 1300 patah perkataan.

PENTING!

1. Penulis yang menghantar sinopsis ke PTS ONE selalu membuat satu kesilapan yang amat popular. Mereka mengakhiri sinopsis dengan ayat seperti contoh; "Bagaimana kesudahan cerita?" atau "Berjayakah Ali menumpaskan penjahat-penjahat itu," atau "Apakah misteri yang menyelubungi Pekan Tambun? Mengapakah orang-orang Tambun dijangkiti virus asing itu?".

Sinopsis yang dihantar mestilah lengkap ditulis keseluruhan jalan cerita termasuk penyudahnya (ending). Editor-editor PTS ONE mesti mengetahui kesudahan cerita yang hendak disampaikan bagi tujuan penilaian sesebuah manuskrip atau proposal. INGAT - Sinopsis yang dihantar untuk tujuan memenangi hati editor, bukan sinopsis untuk diletakkan di kulit belakang novel.

2. Sediakan sinopsis dengan pembahagian perenggan yang sesuai untuk memudahkan editor menyemak. Jangan tulis tiga muka sinopsis tanpa sebarang perenggan. Ini bakal membuatkan editor-editor kurang selesa dan kemungkinan terlepas pandang karya anda.

3. Sinopsis yang kurang dari 700 patah perkataan berkemungkinan besar akan ditolak. Ceritakan secara terperinci apa yang hendak anda ceritakan.

 

13 komen:

suzuka said...

Boleh tak saya menghantar karya saya pada cuti akhir tahun ini?

Ilmar Imia said...

Bagaimana dengan jumlah mukasurat manuskrip? Berapakah halaman minimumnya?

atiqah_rawkgurl said...

hantar 2 bab sj ke untk sinopsis??
lps 2,brape muke surat???
nk hantar kat mane??

syazwan said...

saya nak tanya...sinopsis ni nak hantar pada siapa and berapa sekurang2nya word yang nak pada sebuah novel..??

erika said...

karya ni nak dihantar dimana?
kurang jelas tntg 2 bab tu

Hawa Chan said...

tumpang tanya, saya baru ada 2 bab. boleh ke?
Selain itu saya boleh lukis sendiri illustrasi. kene sediakan juga?

izzah said...

sekarang masih boleh ke guna cara ni?
kalau boleh saya nak kena hantar sinopsis ke mana?

USAMAH said...

assalamualaikum. saya berminat hendak menulis sebuah novel . jadi pada siapa saya hendak hantar sinopis cerita tersebut?? mohon pencerahan..
terima kasih

Ummu Fatin Nasyitah said...

Assalammualaikum,kalau saya masih muda.PTS terima tak ye?Sebab saya dah buat banyak bab.Ramai yang puas hati.Saya nak hantar,tapi.Saya takut PTS tak boleh terima kerana saya masih muda. Saya baru 12 tahun..

ameera zafirah said...

apa email PTS

ameera zafirah said...

berapa bab yang perlu kalau nak buat buku?

Azrin Rin said...

boleh tak kalau lebih dari patah perkataan yang di berikan?

Mardiana A Rahman said...

Saya nisrina.saya berumur 10tahun dan bolehkah saya menjadi penulis?saya sudah buat banyak cerita didalam buku yang ada ruangan kosong.saya juga nak tanya,mahu hantar manuskrip novel dimana?harap PTS BOLEH MENERANGKAN.