Selamat Tahun Baru 2009

Hi kawan-kawan!

Pejam celik, kita sudah berada di ambang 2009.

Bagaimana persiapan menjejakkan kaki kembali ke sekolah? Sudah bersedia fizikal dan mental? :) Kami mendoakan kawan-kawan dapat menempuh alam persekolahan dengan lebih cemerlang.

Cuti sekolah hampir berakhir. Bagaimana? Seronok menghabiskan cuti ditemani buku-buku terbitan PTS One? Sudah dapatkan boxset Aku Mahu ke New York? Sarah dan Bunga Mawar? Mengapa Aku Jadi Pengetua? DSA- Alam Ria Cuti Sekolah? Hmm... diari Dear Yayah pula sudah beli? Jangan lupa 1 Januari nanti mahu mencatat hal-hal peribadi di dalam diari itu! Hehehe....

Nantikan juga buku-buku baru terbitan kami yang akan muncul menemani kawan-kawan setiap bulan. Rindukan karya Alif Firdaus Azis? Ainin Naufal? Bahruddin Bekri? Farihah Iskandar? Eh, Aizam Aiman dan Natsya Effyzal pun ada? Hmmm....
Sabar ya... karya baru mereka akan muncul tidak lama lagi.... :)

Okeylah, semoga yang baik-baik berlaku dalam hidup kawan-kawan sepanjang tahun 2009. :)

Persiapan

Salam adik-adik,

Cuti sekolah sudah hampir habis. Tentu bosankan. Sudah lama bercuti terpaksa ke sekolah pula. Bagi yang bersekolah pagi kena bangun awal. Macam mana dengan persiapan adik-adik? Sudah beli baju dan kasut sekolah? Sekiranya yang lama masih elok, adik-adik boleh guna semula. Ini dapat membantu menjimatkan perbelanjaan ibu dan ayah adik-adik di zaman gawat ini. Tapi sekiranya adik-adik naik tingkatan 1 jangan pula pakai pakaian yang lama. Nanti cikgu marah pula.
Okey jumpa lagi nanti.

Blog PTS ONE sedang dikemaskini

Apa khabar adik-adik?

Pasti seronok kerana sekarang cuti sekolah. Sekarang ini musim banjir dan tanah runtuh. Tidak selamat bermain di kawasan banjir dan di lereng bukit. Ingatlah orang yang tersayang.

Oh ya! Blog ini berlaku sedikit masalah. Minta maaf sekiranya rupa paras blog ini menimbulkan rasa kurang selesa kepada adik-adik. Kami akan mengembalikan wajah sebenar blog PTS ONE ini tidak berapa lama lagi. Mana Abang Wanzu Hairi? Kami memerlukan kepakaran Abang Wanzu Hairi yang hebat itu!

Cuti Sekolah!

Wah! Mesti kawan-kawan sedang seronok bercuti sekarang ni bukan? Tapi, sekiranya singgah di kedai-kedai buku, jangan lupa untuk membeli buku-buku keluaran PTS ONE ya. Khas bagi cuti sekolah ini, kami mempunyai beberapa produk baru antaranya Sarah dan Bunga Mawar, Dear Yayah The Diary, Aku mahu ke New York 1 dan 2, 3P Hantu Legenda dan banyak lagi!


Menariknya, Aku Mahu Ke New York 1 dan 2 turut menawarkan pakej istimewa untuk kawan-kawan. Jangan lupa dapatkannya di kedai ya! Buku ini dijangka akan berada di pasaran pada pertengahan Disember.

Nampaknya banyak pertanyaan tentang cara penghantaran manuskrip. Jadi pada kawan-kawan yang berminat untuk menulis di bawah PTS ONE bolehlah rujuk syarat-syarat di bawah:

- Sila hantarkan sinopsis penuh cerita.
- Sinopsis bagi setiap bab.
- Contoh bab 1 dan 2 bagi memudahkan kami menilai mutu bahasa.

Kami mempunyai 3 produk, jadi kawan-kawan boleh kategorikan manuskrip itu mengikut produk di bawah ini:

1) Kanak-kanak lelaki dan perempuan
(Watak utama-kanak-kanak perempuan/lelaki (pelajar sekolah rendah)
Tema: Sains fiksyen, kehidupan kanak-kanak, persahabatan, hubungan keluarga, penyiasatan, kelakar, sukan, hobi dan sebagainya
kecuali tema cinta.

2) Remaja perempuan/lelaki (pelajar sekolah menengah/matrik/kolej)
Tema: Sains fiksyen, kehidupan kanak-kanak, persahabatan, hubungan keluarga, penyiasatan, kelakar, sukan, hobi dan sebagainya
cinta boleh diselitkan sebagai sampingan bukan tema utama.

3) Syok-berunsurkan chic-lit
watak utama perempuan/lelaki (awal pertengahan 20an)

Karya anda akan dinilai dan direspon secepat mungkin. Sebarang pertanyaan sila emel kepada haryani@pts.com.my , mazlia@pts.com.my atau ptsone@pts.com.my.

Selamat bercuti!



GOODIES DEAR YAYAH: THE DIARY

Labels: ,

Kawan-kawan sudah memiliki DEAR YAYAH: THE DIARY?


Kalau sudah memilikinya, boleh mula hiaskan diari peribadi yang comel dan eksklusif itu.

Ha! yang belum lagi tu, cepat sedikit. Nanti habis, kami tak jamin. :P

Untuk peminat DEAR YAYAH yang istimewa, boleh muat turun wallpaper di bawah untuk hiasan komputer kawan-kawan.

Download wallpaper ini



Download wallpaper ini


Download wallpaper ini



Download wallpaper ini

DEAR YAYAH: THE DIARY: DI SEBALIK TABIR

Labels: , ,

Jangan lupa untuk dapatkan DEAR YAYAH: THE DIARY di kedai buku. :P

Cover terbaru Sarah dan Bunga Mawar


Hai adik-adik!


Nampaknya, cover Sarah dan Bunga Mawar telahpun ditukar. Novel ini dijangka akan berada dipasaran pada awal bulan depan. Nantikan kemunculannya di kedai-kedai buku ya!

Berita fasal Sahabat Kole Kacang

Nota: Ini hanyalah contoh kulit buku dan masih belum diserahkan pada pereka grafik.

Novel apakah ini? Pasti ada antara kawan-kawan dapat mengenal pasti identiti sebenar novel ini. Ini adalah cadangan kulit novel Sahabat Kole Kacang yang terbaru. Novel + komik ini akan muncul awal 2009 nanti. Ada kejutan besar untuk kawan-kawan melalui novel ini nanti.

BERITA kepada peminat siri Sahabat Kole Kacang
Pada 3 Februari 2008, dunia penulisan negara dikejutkan dengan kepermegian Allahyarham Ahmad Zafran ke rahmatullah. Beliau meninggal dunia ketika tidur di rumahnya, Seremban, Negeri Sembilan. Sahabat Kole Kacaang 3 adalah karya lengkap beliau yang terakhir. Kepermegiannya amat terasa pada semua kenalannya. Beliau seorang yang kuat berkerja dan suka bersahabat. Tidak lokek berkongsi ilmu dan menghormati semua orang. Sedekahkanlah Al- Fatihah kepada Allahyarham Ahmad Zafran. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Kawan-kawan boleh melihat blog Allahyarham Ahmad Zafran di sini.




Cuti Sekolah

Hai adik-adik,

Cuti sekolah bakal menjelma tidak lama lagi. Ada apa-apa perancangan? Mahu bercuti ke mana?
Ini ada berita baik untuk penggemar siri Dunia Sains Aiman. Sudah dapatkan Dunia Sains Aiman-Diari Ramadan Aiman? Kalau belum cepat dapatkan. Siapa yang belum beli, rugi.
Selepas berhari raya, Aiman akan mengajak adik-adik bercuti. Ke mana? Kalau nak tahu dapatkan buku ini yang bakal keluar pada musim cuti sekolah nanti.

Tunggu ya...

Peraduan Mengapa Aku Jadi Pengetua?

Hai kawan-kawan....

Dah beli buku terbaru Kak Kusyi Hirdan? Buku yang mana? Tentulah buku ini:




Kisah Izaz yang tiba-tiba sahaja dipaksa menjadi pengetua. Bermacam-macam kejadian serius tetapi kelakar yang terpaksa dilaluinya. Yang pasti, tentu tidak kering gusi tatkala membaca buku ini.

Kepada yang belum beli, sila beli dan baca. Percayalah kawan-kawan tentu seronok!

Oh, selepas baca, jangan lupa layari laman web Kak Kusyi pula. Mengapa? Hmm... kawan-kawan mahu menang hadiah?

Hadiah apa? Hendak tahu, semaklah sendiri. :p

Di mana? Di SINI

Selamat membaca! :)


Dear Yayah The Diary + Hadiah PERCUMA!

Labels: , ,


Poskad PERCUMA!

Kalendar PERCUMA!


Alhamdulillah. Akhirnya, selepas berhempas pulas, siap juga diari ini. Fuh... lega!

Kepada semua peminat Farihah Iskandar  (www.farihahiskandar.com) sama ada fanatik ataupun tidak, dapatkan diari yang paling comel dan anggun ini dengan segera. Mungkin akan berada di pasaran dalam masa dua minggu lagi. Cuma DUA MINGGU LAGI!

Dalam diari berwarna-warni ini ada planner, tip-tip persahabatan, doa-doa harian, ruangan album keluarga dan tip belajar yang diamalkan oleh Jihan, watak utama dalam Siri Dear Yayah. Pendek kata memang lengkap serba-serbi. Rugi benar sesiapa yang tak memilikinya. :D
 
Bagi pembeli terawal berpeluang memiliki kalendar dan poskad edisi terhad! Kalendar dan poskad cun ni memang tak boleh beli di mana-mana. Jadi, adik-adik bolehlah gunakan duit raya untuk membeli diari comel (hard cover) ini yang cuma berharga RM19.90. 

PERADUAN DUTA AKU MAHU

Labels: , ,

Ini bukan artwork final, masih dalam proses penambahbaikan. Harap maklum

UPDATE:
Kami memberi sedikit kelonggaran terhadap syarat penyertaan. Kali ini kami cuma mahu duta mengumpulkan minimum 20 orang kawan satu sekolah (Tak kisah satu kelas, berlainan kelas atau berlainan tingkatan sekalipun, janji satu sekolah). Kumpulkan kawan-kawan duta di satu lokasi yang strategik dan mula bergambar untuk dihantar ke peraduan DUTA AKU MAHU!!!


Sempena dengan novel kembar Ain Maisarah bertajuk Aku Mahu Ke New York yang berada di pasaran menjelang Disember 2008, PTS ONE mahu menghangatkan penantian kawan-kawan dengan satu peraduan yang hebat. Bukan sahaja kawan-kawan yang menang, tetapi satu kelas berpeluang memenangi hadiah berupa boxset yang mengandungi novel kembar Aku Mahu ke New York dan barangan eksklusif lain! Ya... setaip wajah yang terpapar dalam gambar kelas paling kreatif akan mendapat hadiah ini. 

Bagaimana mahu menyertai peraduan ini? 

1. Kawan-kawan yang hendak menjadi duta perlulah mengumpulkan semua kawan sekelas.

2. Ambil foto satu kelas (lengkap dengan pakaian seragam sekolah)  dengan aksi yang paling unik dan kreatif. Lokasi penggambaran hendaklah di sekitar perkarangan sekolah (kelas, taman, kantin, dan sebagainya).

3. Lengkapkan borang penyertaan dan hantar! 

Syarat-syarat Penyertaan:

1.Terbuka kepada warganegara Malaysia.

2. Borang penyertaan boleh didapati di blog PTS ONE: www.pts-one.blogspot.com dan laman web Ain Maisarah, http://ainmaisarah.blogspot.com/

3.Pemenang akan diadili berdasarkan gambar kelas paling kreatif.

4.Sebarang gambar yang mengandungi unsur yang mengganggu sensitiviti masyarakat Malaysia akan ditolak penyertaannya.

5. Keputusan juri adalah muktamad.

6. Tarikh tutup penyertaan pada 24 November 2008 

Hantarkan gambar bersama borang penyertaan yang diisi lengkap ke: 

PTS ONE: PERADUAN DUTA AKU MAHU, No 3, Jalan Industri Batu Caves 1/6, Taman Perindustrian Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor. 
 

Download borang penyertaan di sini: BORANG PENYERTAAN PERADUAN AKU MAHU

PTS ONE DI PERPUSTAKAAN

Labels: ,

Sebagai penerbit buku kanak-kanak dan remaja, kami sudah tentulah mahu buku-buku PTS ONE dibeli oleh Perpustakaan Negara dan diedarkan ke perpustakaan di seluruh Malaysia.

Misi PTS ONE adalah menerbitkan buku yang segar dan diterima oleh pembaca generasi alaf baru disamping tidak mengabaikan aspek pendidikan dan bahasa. Molek benar jika buku-buku PTS ONE dapat memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang bergantung sepenuhnya kepada perpustakaan kerana tidak mempunyai wang untuk membeli buku. 

Perpustakaan memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar-pelajar yang tidak mampu.

Kami nak mengadakan sedikit "mini-survey". Harap kawan-kawan dapat menolong. Begini caranya;

1. Pergi ke pusat sumber Sekolah atau perpustakaan yang paling hampir dengan tempat tinggal kawan-kawan,

2. Senaraikan buku-buku PTS ONE yang terdapat di rak perpustakaan itu.

3. Beritahu kami di ruangan komen.

Tidak ada hadiah untuk survey ini. Tapi kita sama-sama dapat membantu mempertingkatkan bekalan buku-buku berkualiti di perpustakaan. Lantas menolong golongan yang kurang mampu untuk sama-sama menikmati buku.

Terima kasih

Nota: Teringat kata seseorang, "Saya tidak minat nak masuk ke Perpustakaan. Buku-buku zaman ayah saya sahaja yang ada.

Baik ayah saya sahaja yang masuk!"

LAMAN WEB MARSHA DAN MISHA

Labels:


Kawan-kawan, Marsha dan Misha, kembar kesayangan kita sudah ada blog sendiri.


Rasanya jarang penulis mendedikasikan blog untuk karakter kesayangannya. Tahniah kepada Tuan Meor Shariman dengan idea inovatif ini.

Jemput jenguk.


Blog ini juga mendekatkan peminat dengan karakter Marsha dan Misha ini. Contohnya sekarang semua tahu Marsha meminati penyanyi Dafi. :P

Jika nak tahu apa sahaja tentang Marsha dan Misha, seperti hobi mereka, makanan kegemaran, siri tv kegemaran dan banyak lagi, tinggalkan komen di blog KEMBAR TERPILIH.

AKAN TERBIT - SARAH DAN BUNGA MAWAR

Labels: , ,


Kesinambungan Siri Sarah Dan Anting-Anting serta Sarah dan Kasut Tumit Tinggi.

AKAN TERBIT

Labels: , ,

PERANG KUCING


TAWANAN MIMPI

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum....
Ketika artikel ini ditulis, semua tenaga kerja PTS ONE sudah pun pulang ke kampung masing-masing. Ada yang pergi ke Johor, Perak, Sekinchan... Sabah pun ada. :)
Dalam video ini tertinggal 3 orang penting PTS ONE. Mereka bertiga tidak sempat ucap selamat hari raya dalam video ini kerana sibuk masukkan duit raya dalam sampul. Mereka adalah Kak Mazlia, Encik Nazri dan Kak Rafiza ( yang baru dapat baby comel itu.... )

Kami semua mengucapkan "selamat hari raya! Maaf zahir dan batin!"
Jangan lupa, masuk forum kami di http://ptsone.com.my/forum

Dear Yayah - The Diary


Hai adik-adik!

Mesti ramai yang tertanya-tanya bilalah agaknya Dear Yayah 5 nak keluar? Sila tinggalkan komen kalau adik memang menunggu Dear Yayah 5!

Sebenarnya Kak Farihah sekarang sedang bertungkus-lumus menyiapkan diari khas untuk adik-adik iaitu Dear Yayah - The Diary. Kak Farihah nak adik-adik semua memiliki Dear Yayah adik- adik sendiri.

Sekarang Kak Ann dan Kak Emila sedang sibuk menyiapkan layout Dear Yayah - The Diary supaya adik-adik semua dapat memiliki sebelum tahun 2008 ini berakhir....

Siapa yang tak sabar nak memiliki 'Dear Yayah'? Sempena lebaran yang hampir tiba, adik-adik kumpul duit raya banyak-banyak supaya adik tidak ketinggalan memiliki Edisi Khas Dear Yayah - The Diary yang cantik dan comel!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam adik-adik! 

Mesti semua dah dalam mood raya sekarang ni. Maklumlah, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan berakhir.

Semua novel dan duit raya sudahpun dalam perjalanan ke rumah adik-adik. Kak Ann dan Kak Shiela dah poskan dua hari lepas. Begitu juga dengan sampel buku penulis dan duit raya mereka. 

Di sini, akak ingin memaklumkan mungkin ada perubahan kepada cerpen yang dihantar selepas menjalani proses editing dan sebagainya. Harap adik-adik gembira dan berpuas hati.

Pihak PTS One juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelajar parktikal UiTM iaitu Kak Shiela yang banyak menyumbang tenaga selama beberapa bulan menjalankan praktikum di sini. Selain membuat kerja-kerja editing dan layout, beliau juga turut menguruskan friendster PTS One (ptsone@pts.com.my) dan juga Myspace. Mungkin adik-adik juga ada menerima invitation daripada Kak Shiela kan. Minggu ini adalah minggu terakhir beliau ada di sini. Apapun, kami tetap doakan yang terbaik untuk Shiela. Semoga ada masa depan yang cerah dalam bidang penerbitan. All the best, dik!

Di kesempatan ini, Kak Ann mewakili team PTS One ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua peminat PTS One yang tidak jemu memberikan sokongan. Maaf zahir dan batin.

Semoga selamat pulang ke kampung dan kalau dapat duit raya, simpan ya! Dan yang paling penting jangan lupa promote pada sanak saudara supaya dapatkan buku edisi khas Remaja@ptsone 2008 dan Diari Ramadan Aiman tau!

Kepada yang adik-adik yang dah baca, harap tinggalkan komen....

APA KOMEN?

Labels:

Cover ini baru diperingkat awal. Tapi nak tanya komen kawan-kawan?



GALERI GAMBAR - MAJLIS PELANCARAN SIRI KEMBARA HAFIZ KARYA KUSYI HIRDAN

Labels:

Pada 30 Ogos 2008 yang lepas berlangsung majlis pelancaran siri novel Kembara Hafiz karya penulis prolifik PTS ONE, Kusyi Hirdan. Majlis tersbeut telah dirasmikan oleh Puan Faatihah Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.Majlis pelancaran telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan.

















FORUM PTS ONE

Labels: ,

Tepuk tangan kepada abang Wanzu Komik-M dan abang Azmie dari PTS Islamika yang telah bertungkus lumus menyiapkan forum PTS ONE.


Untuk mengetahui berita terkini mengenai buku-buku PTS ONE dan borak-borak santai dan mencari kawan baru, inilah tempatnya.


Hoyahhh!

NOTA DARI SHIELA

Labels:

Shiela adalah pelajar praktikal UiTM yang menimba pengalaman di PTS ONE. Kami panggil dia "Stacy" sebab dia berasal dari Sabah, negeri asal Stacy AF. :P

Berikut adalah sedikit coretan beliau tentang dunia buku:

------------------------------------------

Suatu masa dahulu, remaja cenderung memilih novel-novel berbahasa Inggeris sebagai koleksi bahan bacaan mereka. Ini disebabkan banyaknya lambakan novel-novel terutamanya dari Amerika dan Britain. Persembahan novel-novel import ini menarik, selain kisah-kisah yang dipaparkan juga segar, berinfomatif dan dekat dengan jiwa remaja. Cara penulisan yang ringkas dan jalan cerita yang menyeronokkan menyebabkan remaja teruja membeli novel berbahasa Inggeris.

Namun, ada segelintir remaja yang tidak suka membaca novel berbahasa Inggeris. Mereka ini memilih untuk membaca novel-novel berbahasa Melayu yang skop ceritanya lebih menjurus kepada tema percintaan semata-mata. Tiada pilihan, maka mereka terpaksa 'menjamah' bahan bacaan yang tema ceritanya sama sahaja sejak dari generasi terdahulu. Hal ini menyebabkan wujudnya mentaliti remaja - novel bahasa Melayu adalah novel jiwang! Muka kulit pun, asyik gambar pasangan kekasih di tepi pantai!

Namun kini, ada beberapa syarikat penerbitan yang menemui formula baru bagi menarik minat remaja yang mahukan novel yang segar, berinfomatif dan dekat dengan jiwa remaja dan paling penting, dalam bahasa Melayu! Tidak perlu menterjemah novel bahasa Inggeris kerana kita sendiri memiliki penulis-penulis yang mampu menulis kisah-kisah menarik yang berlatarkan persekitaran tempatan.

Seronok kerana terdapat kisah-kisah yang sebelum ini remaja tidak tahu tetapi melalui pembacaan novel segar sebegini, terasa dunia lebih luas untuk diteroka. Yang lebih membanggakan, muka kulit novel yang ceria dan urban menyebabkan remaja tidak segan silu lagi memiliki novel berbahasa Melayu. Diharapkan kecemerlangan ini berterusan dan kualiti sentiasa ditingkatkan. Sekiranya remaja disajikan dengan bahan bacaan berkualiti, insyaAllah mentaliti pemimpin masa hadapan lebih maju dan lebih logik. Terima kasih PTS One!

Diari Ramadan Aiman

Labels:

Hai kawan-kawan! Bagaimana dengan puasa hari ini? Mesti okey, kan. Apabila sebut fasal puasa, di sini kami ada buku fasal berpuasa.

Diari Ramadan Aiman
Aiman kelihatan bersemangat menyambut bulan Ramadan. Mana tidaknya? Aiman sanggup memecah tradisi hidupnya dengan membuat diari khas sempena bulan Ramadan. Inilah pertama kali dalam hidupnya Aiman buat begitu. Entah apa yang ditulisnya dalam diari itu, ya. Sekiranya adik beradiknya tahu, entah apa reaksi mereka. Pasti Azfar yang comel itu tergelak sakan melihat gelagat abangnya.

Mari kita curi baca, apa yang Aiman tulis dalam diarinya.

moral: Membaca diari orang lain adalah salah. Err… kecuali diari yang ini, sebab Aiman yang bagi kita baca. smile

AKAK FARIHAH ISKANDAR DAN ABANG BAHA KENA ROMPAK?

Labels:

Tak, bukan kena rompak dalam ertikata perompak datang acu pistol dan ambil duit.


Tapi bos besar kami ada beritahu tentang buku Dear Yayah dan Dunia Ini Sederhana Kecil yang telah dijual secara haram oleh sebuah laman web yang tidak bertanggungjawab. Caranya? Dengan menjadikan buku-buku tersebut sebagai e-book dan dijual dengan harga jauh lebih murah. Bukan buku-buku PTS ONE sahaja, buku dari penerbit lain pun terkena.

Duit hasil jualan itu, sudah tentulah satu sen pun tak masuk ke dalam poket akak Farihah dan abang Baha.

Kasihan, dah penat menulis sampai 3 pagi, buku dirompak pula oleh orang yang tidak bertanggungjawab. 

Kami di PTS ONE memandang serius isu ini. Mungkin tidak berapa sen mana sangat dia dapat (kerana kami percaya peminat-peminat Farihah Iskandar lebih sanggup dapatkan yang original), tapi nyata perompak ini tidak menghormati penat lelah pengkarya. Lebih dari itu, perompak ini seorang yang malas dan sanggup buat begitu untuk dapatkan duit dengan cara yang senang (merompak).

Kawan-kawan jangan ikut perangai jahat perompak ini. Kalau nak duit, carilah jalan yang betul dan diredhai.

Kawan-kawan, berikan sokongan kepada akak Farihah Iskandar dan abang Baha ya!

BARU - BUDAK PSIKIK: DENDAM PUTERI AISYA

Labels: ,

Ini pula buku terbaru siri Budak Psikik. Buat mengubat rindu peminat-peminat siri Budak Psikik ini. Apa komen kawan-kawan?

REMAJA@PTSONE

Labels: , ,


Inilah cover untuk antologi Remaja@PTSONE 2008. Macam mana? Cun kan? :P

SEKITAR PROGRAM MARI BERCERITA

Labels:

Fotoblog program mari bercerita yang telah dianjurkan oleh pihak pelajar IUAM dengan kerjasama PTS ONE. Bertempat di Convest Hill sempena dengan Pesta Konvo UIA yang baru berlangsung. Pertandingan itu telah diadili oleh penulis PTS ONE, Pak Rejab F.I, Alif Firdaus Azis dan Roslan.

Alif Firdaus bersama Pak Rejab, penulis cerita kanak-kanak PTS ONE

Antara peserta Mari membaca duduk santai di atas pentas

Pak Rejab menghiburkan penonton dengan memberi teka-teki.

Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang

Upacara bergambar bersama pemenang dan para hakim

Dari kiri: Alif Firdaus Azis (Orang Kuat), Nazri M. Annuar, Pak Rejab dan Puan Fatima Az-Zahra (penulis Tabik Cikgu)

Jom Jumpa Faizal Dsazrik Di MPH Subang Parade.

Hai kawan-kawan! Berita baik untuk peminat karya Faizal Dzasrik yang popular dengan novel "Ini Suatu Cerita" dan "Yong Tau Fu". Jangan lupa untuk mengunjungi MPH Subang Parade pada 30 Ogos 2008, jam 2 petang hingga 3 petang, untuk beramah mesra bersama beliau!

Apa yang menariknya, anda akan berpeluang berkaraoke bersama beliau pada hari itu, selain daripada sessi menandatangani buku dan kuiz. Ada hadiah istimewa menunggu untuk anda-anda yang datang nanti tau. Jadi, jangan lupa untuk luangkan masa bersama Faizal Dzasrik ya, kerana kehadiran anda dinantikan!

Emilda



Ini kulit buku baru PTS One khas untuk adik-adik di luar sana! Cantik tak?

Pengumuman Pemenang Cerpen Raya Remaja@ptsone 2008

Syabas diucapkan kepada pembaca novel PTS One yang sudahpun menghantar cerpen. Daripada semua peserta, pihak PTS One sudah pun memilih 2o cerpen terbaik untuk diterbitkan dalam Remaja@ptsone 2008. Cerpen adik-adik akan diterbitkan bersama cerpen para penulis novel PTS One seperti Farihah Iskandar, Ain Maisarah, Ainin Naufal, Ezee Rahmani, Bahruddin Bekri, Faizal Dzasrik dan ramai lagi....

20 pembaca bertuah yang bakal menerima duit raya sebanyak RM50 dan buku remaja@ptsone 2008 adalah:-

Cerpen Pembaca
1. Aidilfitri Vs SPM - Syarifah Aimi Nadrah (Ishami Afza)
2. Di Mana Baju Raya Saya? - Nahddatun Nisaak (Kak Chik)
3. Aku dan Mercun - Syarifah Aimi Nadrah (Ishami Afza)
4. Apa yang Hilang? - Alya Rohaizan (Alya Chan)
5. Bas, Lori, Teksi dan... - Ameerul Hakeem (Akeem)
6. Jihad Puasa 3 Sekawan - (Ainur Al-Eishar)
7. Gadis-Gadis Badut - Sara Imanina (Sara)
8. Kenangan Pahit di Hari Raya - Halimatus Saadiah (Ima)
9. Jom Heboh di Aidilfitri - Nornajwa Amira (Mira)
10. Mia, Adikku - Nor Hazira (Peya)
11. Nama Saya Juhanis Ilyana - (Rowena R.)
12. Raya Datang Lagi! - Nur Amalina Farhana (PrincessFroggy)
13. Tragedi Hari Raya - Kausar (Kausar)
14. Syukur dan Taubat di Satu Syawal - Khairi & Rushda (Ayie Korie & Dianwarna)
15. Terima Kasih Pijoi! - Ezadatul Fakhira (Eira)
16. Yasmin, Kampung dan Raya - Nurul Zahidah (Zahidah)
17. Anak Abah Nak Duit Raya - Hazrieda (Pheng)
18. Keampunan di Aidilfitri - Nur Dini (Dini)
19. Puasa Oh Puasa! - Syarifah Aimi Nadhrah (Ishami Afza)
20. Balik Kampung - Nurul Zahidah (Zahidah)


Tahniah kepada semua peserta terutama mereka yang telah menghantar lebih daripada satu cerpen. Kepada mereka yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Harap cuba lagi tahun hadapan.

Dapatkan buku Remaja@ptsone 2008 pada bulan September 2008! Nantikan kemunculannya.

APA KOMEN 2

Hi kawan-kawan.

Kawan-kawan yang baik hati, sila pilih cover mana yang kawan-kawan suka. Terima kasih. :)

Cover A


Cover B





AHLI KELUARGA LAGI

Labels:



Hari ini hari yang biasa di pejabat PTS ONE.

Terkejut dengan Cik Mazlia yang sibuk menggodek mesin printer. Cover novel SYOK! terbaru, JALAN-JALAN CARI DOA tersangkut di mesin printer.

Kemudian datang sms:

"Saya selamat melahirkan baby boy di hospital Serdang"

Hani Ismail.

Wah, seorang lagi insan comel lahir di Planet Bumi. Tahniah buat Puan Hani Ismail. Kali terakhir bertemu dengannya di Pesta Buku Malaysia di PWTC. Terharu mengenangkan waktu sarat mengandung masih sudi hadir untuk mempromosi buku beliau, SIRI AKADEMI GEMILANG.

Semoga terus ceria dengan kehadiran permata kesayangan Puan. Dengar cerita, nak siapkan cerita baru semasa cuti rehat bersalin ni? :P

KELUARGA BARU PTS ONE

Labels:

Tepuk! Tepuk!


Ucapkan selamat datang kepada keluarga baru PTS ONE.

1. Cik Haryani Kamilan
Beliau akan berganding bahu dengan Kak Ann untuk membangunkan produk-produk remaja perempuan. Berpengalaman luas dalam dunia penulisan dan mempunyai dua novel bestseller.

Selamat datang!

2. Puan Rafiza, editor PTS ONE telah selamat melahirkan cahayamata pujaan intan payung yang sulung. Kami sempat melawatnya di Hospital dan merakamkan wajah awal "Muhammad Umar Afif" yang comel dan bakal membuatkan maknya tak tidur malam.


Foto hakcipta Alif Firdaus Alif. Bayi di dalam foto bukan hakmilik Alif Firdaus Alif. Dia masih bujang tra la la.