KERJAYA DI PTS ONE

Labels:

PTS ONE sedang dalam proses mengembangkan lagi unitnya. Untuk tujuan itu kami memerlukan seorang editor sepenuh masa bagi memenuhi kehendak produksi yang kian bertambah.

Skop kerja:
1. Merancang dan membangun judul buku bagi diterbitkan oleh PTS ONE
2. Mencadangkan konsep buku (terutamanya fiksyen remaja perempuan)
3. Mengurus manuskrip yang dihantar kepada syarikat
4. Mengurus perjanjian penerbitan
5. Membuat suntingan asas manuskrip
6. Menyediakan anggaran untung rugi penerbitan buku
7. Mengurus promosi buku

Calon-calon yang berminat bolehlah memohon:

1. Muat turun borang permohonan

2 Isikan borang tersebut dan hantar melalui cara berikut:

  • Pos biasa
    Sila tulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat anda. Semua permohonan boleh dihantar kepada alamat:

    JABATAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN
    PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
    NO. 3, JALAN INDUSTRI BATU CAVES 1/6
    TAMAN PERINDUSTRIAN BATU CAVES

    68100 BATU CAVES, SELANGOR
  • E-mel
    Nyatakan jawatan yang dipohon di tajuk emel anda. Kemukakan semua permohonan melalui e-mel ke alamat shazarina@pts.com.my
NOTA:

Semua permohonan perlu disertakan dengan

  • borang permohonan jawatan PTS
  • resume pemohon
  • gambar terkini pemohon

ANDA PENULIS SYOK!

Labels: ,


PTS ONE sedang mencari manuskrip-manuskrip bermutu untuk kategori SYOK

Apa itu SYOK?

SYOK adalah novel Tak Bisa Memilihmu (Ain Maisarah), Dunia Ini Sederhana Kecil (Bahruddin Bekri), IMPIANA (Ain Maisarah), Yong Tau Foo (Faizal Dzasrik) dan banyak lagi.

Apa itu SYOK?
SYOK! adalah chick-lit gaya PTS ONE. Kami sedang mencari seorang pencerita seperti Sophie Kinsella dan Meg Cabot.

Apa itu SYOK?
Dunia wanita bukan berkisar tentang cinta sahaja bukan? Bagaimana dengan cerita seorang wanita yang sedang belajar undang-undang? Bagaimana dengan cerita seorang perempuan yang obses membaca buku? Bagaimana dengan cerita seorang perempuan yang hidup di tengah Kuala Lumpur?

Apa itu SYOK?
Bagaimana pula dengan dunia lelaki? Sudah tentu kami mahukan cerita tentang lelaki yang bekerja di Cafe, atau mungkin ada ilham untuk cerita lelaki di Kolej? Bagaimana dengan cerita lelaki yang baru dapat kereta?

Kami mencari Sophie Kinsella versi Malaysia. Adakah anda berminat? Sila hubungi Cik Mazlia Murat di emel: mazlia (at) pts (dot) com (dot) my untuk maklumat lanjut.

SEKITAR PESTA BUKU 08

Labels:








Blog penulis pilihan (Ain Maisarah)

Kali ini PTS One memilih blog Ain Maisarah. Penulis yang menjadi fenomena pada pesta buku yang lepas. Dengan karya siri AKU MAHU yang meletup.

Blog Ain Maisarah juga dikenali sebagai Rumah Pink Ain Maisarah

Selamat berkunjung.

www.ainmaisarah.com

Siri Baru

PROFILER
Karya: ARUL KHAN

Peperangan rahsia antara ejen perisikan dan penjenayah hebat. Cerita yang penuh mendebarkan dan diluar dugaan. Lebih-lebih lagi, cerita ini melangkaui 3 negara berbeza.

Nota Ralat

NOTA RALAT: Sherlock Holmes - Perunding Detektif Pertama Dunia

Bahagian Siapa Sherlock Holmes pada buku ini ada satu pembetulan. Sir Arthur Conan Doyle adalah doktor, bukan ahli fizik seperti yang dinyatakan di situ.



NOTA RALAT: Dunia Ini Sederhana Kecil

Muka surat 297 pada novel ini ada satu pembetulan. Nabi Noh sepatutnya ditukar kepada Nabi Lut.

Muka surat 339 pada novel ini, bookplus madah ibu juga tiada.

Maaf atas ralat ini.