DRAMA DUNIA INI SEDERHANA KECIL

Labels: ,




AKAN MENEMUI KAWAN-KAWAN DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR, PWTC, 4 April - 13 APRIL

PTS ONE DI PESTA BUKU

Labels:

Kawan-kawan, mari kita beramah mesra dengan penulis-penulis PTS ONE semasa Pesta Buku Antarabangsa, Kuala Lumpur di PWTC;

Sesi ramah mesra dengan penulis Sci-Fi Fortuna dan PTS ONE.
Tarikh: 4 April 2008
Hari: Sabtu
Kawan-kawan ditarik masuk ke dalam dunia penuh imaginasi dan emosi melalui karya-karya mereka. Berkenalan dengan penulis-penulis yang bergeliga ini. Dengar cerita mungkin ada Chewbacca. Oh!


Sejam Dalam SYOK!
Tarikh: 13 April 2008
Hari: Ahad
Mengenali dengan lebih dekat penulis Ain Maisarah, Jebart dan Bahruddin Bekri. Inilah masa untuk ambil autograf, bergambar dan apa sahaja yang boleh diambil dari mereka (dengan izin, sudah tentu).

BUKU BARU

Labels: ,










DEAR YAYAH - Farihah Iskandar
RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak),











SEKOLAH MENENGAH - Natasha Effyzal
RM RM 15.90 / RM RM 18.90 (Sabah & Sarawak),















IMPIANA II - Ain Maisarah
RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak),

TEMUBUAL AIN MAISARAH

Labels:

PANDUAN ASAS MENGHANTAR SINOPSIS KE PTS ONE

Labels: ,

Penulis yang berminat untuk menghantar karya ke PTS ONE mestilah terlebih dahulu menghantar sinopsis cerita dan contoh dua bab yang sudah lengkap ditulis. Editor akan menilai sama ada sinopsis yang dihantar itu bersesuaian dengan konsep PTS ONE.

Berikut adalah format menghantar karya ke PTS ONE:

Genre: Sebarang genre yang bersesuaian dengan konsep PTS ONE.
Sasaran umur pembaca: 10 hingga peringkat awal Universiti.
Format Sinopsis dan manuskrip:
Font: Times New Roman/ saiz 12
Perenggan: Double Spacing.
Bab: Ditulis pada setiap permulaan Bab.
Panjang Sinopsis: MINIMUM: 700 patah perkataan sehingga dalam lingkungan 1300 patah perkataan.

PENTING!

1. Penulis yang menghantar sinopsis ke PTS ONE selalu membuat satu kesilapan yang amat popular. Mereka mengakhiri sinopsis dengan ayat seperti contoh; "Bagaimana kesudahan cerita?" atau "Berjayakah Ali menumpaskan penjahat-penjahat itu," atau "Apakah misteri yang menyelubungi Pekan Tambun? Mengapakah orang-orang Tambun dijangkiti virus asing itu?".

Sinopsis yang dihantar mestilah lengkap ditulis keseluruhan jalan cerita termasuk penyudahnya (ending). Editor-editor PTS ONE mesti mengetahui kesudahan cerita yang hendak disampaikan bagi tujuan penilaian sesebuah manuskrip atau proposal. INGAT - Sinopsis yang dihantar untuk tujuan memenangi hati editor, bukan sinopsis untuk diletakkan di kulit belakang novel.

2. Sediakan sinopsis dengan pembahagian perenggan yang sesuai untuk memudahkan editor menyemak. Jangan tulis tiga muka sinopsis tanpa sebarang perenggan. Ini bakal membuatkan editor-editor kurang selesa dan kemungkinan terlepas pandang karya anda.

3. Sinopsis yang kurang dari 700 patah perkataan berkemungkinan besar akan ditolak. Ceritakan secara terperinci apa yang hendak anda ceritakan.

Lembah Angin Peperangan ala-ala 300?

Lembah Angin Peperangan ala-ala 300?
Sesiapa yang minat cerita pengembaraan peperangan ala-ala filem Hollywood Lord Of The Ring dan 300, ini adalah bukunya. Menceritakan Naka yang perlu mencari kembali adik beradiknya yang lain bagi menghadapi suatu peperangan besar. Mereka adik beradik perlu merampas kembali takhta kerajaan Lembah Angin yang diasaskan arwah ayah mereka sebelum ini. Cabaran besar buat mereka kerana penjajah Lembah Angin itu sekarang adalah bekas pahlawan Lembah Angin sendiri. Tahniah buat Ahmad Mahzan selaku penulis cerita hebat ini.

akan muncul di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur April ini.

Sejarah Ringkas PTS ONE

PTS ONE - DARI BUKIT TINGGI KE GEDUNG ILMU

PTS ONE adalah syarikat bersekutu dengan PTS Publishing SDN BHD. Syarikat PTS ONE memulakan langkah sederhana dalam dunia penerbitan buku di Malaysia. Asas penubuhan PTS ONE daripada semangat beberapa anak muda. Tahun 2005 di Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur, menyaksikan kelahiran bukan sahaja sebuah syarikat, tetapi sebuah jiwa yang sayangkan dunia buku Malaysia.

Dua nama menjadi penggerak paling awal dalam operasi syarikat PTS ONE yakni, Puan Norhazizam binti. Ab. Rahman dan Cik Nurismaliza binti. Ismail. Pada awalnya, PTS ONE menerbitkan buku-buku terjemahan dari Indonesia. Kemudian, lahirlah terbitan pertama dari anak tempatan bertajuk, Dato' Bahaman Orang Kaya Semantan. Komik ini hasil karya Shariati Shahidan, Mohd Fuad. Md Yatim dan Muhaimin Al-Hanani. Terbitnya karya ini menjadi titik permulaan PTS ONE sebagai medan pengkarya tempatan menyumbangkan kerja kreatif yang bermutu tinggi.

PTS ONE tidak menoleh ke belakang lagi. Sejak hari itu fokus PTS ONE semakin jelas. Laut biru yang belum diterokai menjadi medan penjelajahan tenaga dan jiwa dalam PTS ONE. Menjelang tahun 2007, PTS ONE berjaya mempopularkan kembali dunia buku-buku remaja dan menjadi tunggak bagi genre berkaitan. Antara karya yang menjadi kebanggaan PTS ONE ialah siri Dear Yayah dan siri Adam Kecil.

Misi PTS ONE tidak terhenti setakat ini sahaja. Tahun 2008 adalah tahun yang menarik dan mencabar. Insya-Allah, berkat kesungguhan jiwa-jiwa penggerak PTS ONE dan sokongan pembaca, medan ini bakal menjadi sesuatu yang menghiburkan tetapi dalam pada masa yang sama memajukan negara.

Ikon Buku Remaja Lelaki PTS ONE

Ini adalah ikon Buku Remaja Lelaki PTS ONE. Kawan-kawan akan jumpa ikon ini pada semua buku remaja lelaki PTS ONE bermula terbitan april 2008. Oh ya! Sekiranya kawan-kawan nampak ikon ini bergerak-gerak seperti pada buku PTS ONE, sila hantarkan pada kami. Hadiah berupa sebuah helikopter menanti kawan-kawan.

Perasmian

Dengan nama Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Semoga Tuhan suka apa yang kita suka.
Semoga anda suka apa yang kami suka.