Mari ke Read Malaysia!

Hai kawan-kawan!

Bermula esok, 29 Mei 2009 hingga 7 Jun, akan berlangsung satu lagi pesta buku iaitu Read Malaysia, dan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd turut terlibat bagi menjayakan pesta buku ini. Pelbagai genre buku dalam pelbagai bahasa dapat kawan-kawan perolehi di sana. Ada penerbit buku bahasa Melayu, penerbit buku bahasa Inggeris dan penerbit buku bahasa Cina! Ha, tunggu apa lagi? Mari ke Read Malaysia!

Jam berapa?
11.00 pagi - 10.00 malam.

Di mana?
Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa, MINES Resort City, Kuala Lumpur.

Mahukan diskaun istimewa?
Muat turun dan cetak kupon diskaun di sini.

Sebarang kemas kini dan berita sepanjang pesta buku Read Malaysia pula, kawan-kawan bolehlah layari ke sini.

Jangan lupa bertemu dengan penulis-penulis kesayangan kawan-kawan!
Jumpa di sana!

Selasa (2 Jun 2009)
2.30 - 3.30 petang
Sesi bertemu peminat dan kuiz bersama Lily Haslina Nasir (Aku Bukan Superstar)


Selasa (2 Jun 2009)
4.00 - 6.30 petang
Sesi bertemu peminat dan kuiz bersama Alif Firdaus Azis (Alan Alone), Natasya Effyzal (Tempat Kedua?) dan Aizam Aiman (Sayalah Puteri Raja!)

PERHATIAN:

Sesi berjumpa Farihah Iskandar bagi mempromosikan Hai Suria! telah dibatalkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan ini. Namun pada peminat Kak Farihah yang hendak ke sana, jangan bimbang kerana Kak Farihah selalu ada di booth Read Malaysia. Hanya perlu bertanyakan kepada staf bertugas, yang mana satu Kak Farihah. Harap maklum. Terima kasih.




Semoga Berjaya!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog PTS One!

Apa khabar? Lama kita tidak bertegur sapa. Bagaimana dengan sambutan hari guru yang lalu? Dengar cerita daripada kawan-kawan yang lain, sambutan hari guru terpaksa ditunda sehingga habisnya peperiksaan pertengahan tahun kawan-kawan. Betulkah?

Sekiranya begitu, kami di PTS One hendak mengucapkan semoga berjaya kepada semua yang menghadapi peperiksaan! Belajar rajin-rajin ya? Jangan lupa berdoa kepada Tuhan, semoga usaha kawan-kawan akan membuahkan hasil.

Bagi sesetengah pelajar, peperiksaan pertengahan tahun tidak sepenting peperiksaan akhir tahun, mahupun peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM. Namun sebenarnya, setiap peperiksaan mahupun ujian yang direncanakan pihak sekolah adalah penting, demi memastikan kawan-kawan mengingati dan memahami setiap peringkat pembelajaran yang sudah kawan-kawan hadapi.

Akhir kata, kongsi-kongsilah dengan kami pengalaman kawan-kawan sepanjang minggu peperiksaan ini! Sekiranya ada antara kawan-kawan yang menghadapi masalah dalam mengulang kaji pelajar, tinggalkanlah komen di bawah, kami di PTS One dan rakan yang lain akan cuba membantu. Insya-Allah.... Kita ini bersatu, bukan? Kerana itu kita One. Hehehe...

Jaga diri baik-baik ya? Semoga kawan-kawan sihat selalu. Sampai berjumpa lagi!

Oh sebelum kami terlupa, memandangkan sambutan hari guru kawan-kawan kebanyakannya sudah ditunda, kawan-kawan masih belum terlambat membeli hadiah hari guru untuk guru tersayang. Apa lagi? Belilah buku hadiah Untuk Cikgu Terbaik di atas muka bumi Tuhan!


Video cara menggunakan buku HADIAH UNTUK CIKGU

Hai! Hari guru semakin hampir. Di sini kami mahu cadangkan satu hadiah yang paling praktikal, murah dan eksklusif kepada kawan-kawan. Bukan hanya pelajar sekolah rendah dan menengah sahaja yang boleh menggunakannya. Pelajar univeristi juga sesuai menggunakannya. Bagi lebih jelas lagi, tontonlah video di bawah ini:


Pemenang Utama buku 'Untuk Cikgu Terbaik di Atas Muka Bumi Tuhan' adalah....

Photobucket

Wah! Begitu banyak penyertaan yang diterima. Kami semua tergelak membaca dialog lucu kawan-kawan. Nampaknya, kita ada ramai pelapis penulis novel kanak-kanak dan remaja PTS ONE. 

Jumlah penyertaan yang diterima cukup memberangsangkan. Sukar bagi kami mahu memilih 5 pemenang utama. Namun, selepas bertekak sesama editor, akhirnya kami mengumumkan 5 pemenang pertandingan 'Untuk Cikgu'.  

Sebelum itu, biar kami beritahu sekali lagi, apakah hadiahnya....

2 buah buku 'Untuk Cikgu Terbaik
di atas muka bumi Tuhan!'
+ Beberapa hadiah misteri

5 Pemenang utama itu adalah:

Nazirah binti Ahmad Fathullah

Alya binti Rohaizan.

NurSyahirah bt Che Rahimi

Halimatus Saadiah bt Ab Razak

Nor Hazira binti Hanapi   

Tahniah! Pemenang akan menerima hadiah tidak berapa lama lagi. Kepada yang lain, jangan bimbang. Buku 'Untuk Cikgu Terbaik di Atas Muka Bumi Tuhan' itu juga boleh dibeli di kedai buku berhampiran mulai minggu hadapan.

p/s: Buku ini sudah habis ketika jualan di Pesta Buku Kuala Lumpur baru-baru ini.