Semoga Berjaya!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog PTS One!

Apa khabar? Lama kita tidak bertegur sapa. Bagaimana dengan sambutan hari guru yang lalu? Dengar cerita daripada kawan-kawan yang lain, sambutan hari guru terpaksa ditunda sehingga habisnya peperiksaan pertengahan tahun kawan-kawan. Betulkah?

Sekiranya begitu, kami di PTS One hendak mengucapkan semoga berjaya kepada semua yang menghadapi peperiksaan! Belajar rajin-rajin ya? Jangan lupa berdoa kepada Tuhan, semoga usaha kawan-kawan akan membuahkan hasil.

Bagi sesetengah pelajar, peperiksaan pertengahan tahun tidak sepenting peperiksaan akhir tahun, mahupun peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM. Namun sebenarnya, setiap peperiksaan mahupun ujian yang direncanakan pihak sekolah adalah penting, demi memastikan kawan-kawan mengingati dan memahami setiap peringkat pembelajaran yang sudah kawan-kawan hadapi.

Akhir kata, kongsi-kongsilah dengan kami pengalaman kawan-kawan sepanjang minggu peperiksaan ini! Sekiranya ada antara kawan-kawan yang menghadapi masalah dalam mengulang kaji pelajar, tinggalkanlah komen di bawah, kami di PTS One dan rakan yang lain akan cuba membantu. Insya-Allah.... Kita ini bersatu, bukan? Kerana itu kita One. Hehehe...

Jaga diri baik-baik ya? Semoga kawan-kawan sihat selalu. Sampai berjumpa lagi!

Oh sebelum kami terlupa, memandangkan sambutan hari guru kawan-kawan kebanyakannya sudah ditunda, kawan-kawan masih belum terlambat membeli hadiah hari guru untuk guru tersayang. Apa lagi? Belilah buku hadiah Untuk Cikgu Terbaik di atas muka bumi Tuhan!


 

6 komen:

Natasya K said...

Sepanjang minggu peperiksaan ini, saya dah berusaha sedaya yang mungkin. Saya cuma takut saya akan hanya memperoleh sedikit sahaja gred A. Saya takut ibu saya akan kecewa dengan saya. Bagaimana hendak menghilangkan perasaan ini ya?

Husna Adnan said...

Kepada smart_asya,

Sebenarnya perasaan tidak yakin itu biasa dialami oleh semua manusia. Kita rasa kita sudah berusaha sehabis baik, namun hati kita tetap tidak senang. Ini menunjukkan kita begitu berkehendakkan apa yang kita usahakan itu menjadi satu kejayaan.

Namun sebenarnya, setiap usaha itu ada dua hasil. Berjaya ataupun gagal. Mana-mana satu pun, itulah keputusannya kelak. Namun kami di PTS One, mengharap agar smart_asya ataupun sesiapa sekalipun, teruskan berdoa kepada Tuhan supaya usaha kita itu membuahkan hasil yang diharapkan.

Tetapi sekiranya kita tidak mendapat kejayaan, janganlah kita berputus asa pula. Setiap kegagalan itu tangga bagi setiap kejayaan. Kami yakin, ibu smart_asya akan memberikan sokongan yang padu atas apa sahaja usahamu. Jangan bimbang ya? Tuhan itu lebih mengetahui! (^_^)

Alyia Farzana said...

Macamana mahu menghilangkan perasaan gementar apabila berada di dewan peperiksaan?

Husna Adnan said...

Kepada alyiafarzana,

Senang sahaja. Bacalah apa-apa jua ayat suci al-Quran yang adik ingat. Kerana ketenangan itu semuanya daripada-Nya =)

Alyia Farzana said...

Terima kasih La La La kerana memberikan nasihat yang berguna=)

Husna Adnan said...

sama-sama! (^_^)