Selamat Hari Raya

Assalamualaikum....
Ketika artikel ini ditulis, semua tenaga kerja PTS ONE sudah pun pulang ke kampung masing-masing. Ada yang pergi ke Johor, Perak, Sekinchan... Sabah pun ada. :)
Dalam video ini tertinggal 3 orang penting PTS ONE. Mereka bertiga tidak sempat ucap selamat hari raya dalam video ini kerana sibuk masukkan duit raya dalam sampul. Mereka adalah Kak Mazlia, Encik Nazri dan Kak Rafiza ( yang baru dapat baby comel itu.... )

Kami semua mengucapkan "selamat hari raya! Maaf zahir dan batin!"
Jangan lupa, masuk forum kami di http://ptsone.com.my/forum

Dear Yayah - The Diary


Hai adik-adik!

Mesti ramai yang tertanya-tanya bilalah agaknya Dear Yayah 5 nak keluar? Sila tinggalkan komen kalau adik memang menunggu Dear Yayah 5!

Sebenarnya Kak Farihah sekarang sedang bertungkus-lumus menyiapkan diari khas untuk adik-adik iaitu Dear Yayah - The Diary. Kak Farihah nak adik-adik semua memiliki Dear Yayah adik- adik sendiri.

Sekarang Kak Ann dan Kak Emila sedang sibuk menyiapkan layout Dear Yayah - The Diary supaya adik-adik semua dapat memiliki sebelum tahun 2008 ini berakhir....

Siapa yang tak sabar nak memiliki 'Dear Yayah'? Sempena lebaran yang hampir tiba, adik-adik kumpul duit raya banyak-banyak supaya adik tidak ketinggalan memiliki Edisi Khas Dear Yayah - The Diary yang cantik dan comel!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam adik-adik! 

Mesti semua dah dalam mood raya sekarang ni. Maklumlah, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan berakhir.

Semua novel dan duit raya sudahpun dalam perjalanan ke rumah adik-adik. Kak Ann dan Kak Shiela dah poskan dua hari lepas. Begitu juga dengan sampel buku penulis dan duit raya mereka. 

Di sini, akak ingin memaklumkan mungkin ada perubahan kepada cerpen yang dihantar selepas menjalani proses editing dan sebagainya. Harap adik-adik gembira dan berpuas hati.

Pihak PTS One juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelajar parktikal UiTM iaitu Kak Shiela yang banyak menyumbang tenaga selama beberapa bulan menjalankan praktikum di sini. Selain membuat kerja-kerja editing dan layout, beliau juga turut menguruskan friendster PTS One (ptsone@pts.com.my) dan juga Myspace. Mungkin adik-adik juga ada menerima invitation daripada Kak Shiela kan. Minggu ini adalah minggu terakhir beliau ada di sini. Apapun, kami tetap doakan yang terbaik untuk Shiela. Semoga ada masa depan yang cerah dalam bidang penerbitan. All the best, dik!

Di kesempatan ini, Kak Ann mewakili team PTS One ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua peminat PTS One yang tidak jemu memberikan sokongan. Maaf zahir dan batin.

Semoga selamat pulang ke kampung dan kalau dapat duit raya, simpan ya! Dan yang paling penting jangan lupa promote pada sanak saudara supaya dapatkan buku edisi khas Remaja@ptsone 2008 dan Diari Ramadan Aiman tau!

Kepada yang adik-adik yang dah baca, harap tinggalkan komen....

APA KOMEN?

Labels:

Cover ini baru diperingkat awal. Tapi nak tanya komen kawan-kawan?



GALERI GAMBAR - MAJLIS PELANCARAN SIRI KEMBARA HAFIZ KARYA KUSYI HIRDAN

Labels:

Pada 30 Ogos 2008 yang lepas berlangsung majlis pelancaran siri novel Kembara Hafiz karya penulis prolifik PTS ONE, Kusyi Hirdan. Majlis tersbeut telah dirasmikan oleh Puan Faatihah Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.Majlis pelancaran telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan.

















FORUM PTS ONE

Labels: ,

Tepuk tangan kepada abang Wanzu Komik-M dan abang Azmie dari PTS Islamika yang telah bertungkus lumus menyiapkan forum PTS ONE.


Untuk mengetahui berita terkini mengenai buku-buku PTS ONE dan borak-borak santai dan mencari kawan baru, inilah tempatnya.


Hoyahhh!

NOTA DARI SHIELA

Labels:

Shiela adalah pelajar praktikal UiTM yang menimba pengalaman di PTS ONE. Kami panggil dia "Stacy" sebab dia berasal dari Sabah, negeri asal Stacy AF. :P

Berikut adalah sedikit coretan beliau tentang dunia buku:

------------------------------------------

Suatu masa dahulu, remaja cenderung memilih novel-novel berbahasa Inggeris sebagai koleksi bahan bacaan mereka. Ini disebabkan banyaknya lambakan novel-novel terutamanya dari Amerika dan Britain. Persembahan novel-novel import ini menarik, selain kisah-kisah yang dipaparkan juga segar, berinfomatif dan dekat dengan jiwa remaja. Cara penulisan yang ringkas dan jalan cerita yang menyeronokkan menyebabkan remaja teruja membeli novel berbahasa Inggeris.

Namun, ada segelintir remaja yang tidak suka membaca novel berbahasa Inggeris. Mereka ini memilih untuk membaca novel-novel berbahasa Melayu yang skop ceritanya lebih menjurus kepada tema percintaan semata-mata. Tiada pilihan, maka mereka terpaksa 'menjamah' bahan bacaan yang tema ceritanya sama sahaja sejak dari generasi terdahulu. Hal ini menyebabkan wujudnya mentaliti remaja - novel bahasa Melayu adalah novel jiwang! Muka kulit pun, asyik gambar pasangan kekasih di tepi pantai!

Namun kini, ada beberapa syarikat penerbitan yang menemui formula baru bagi menarik minat remaja yang mahukan novel yang segar, berinfomatif dan dekat dengan jiwa remaja dan paling penting, dalam bahasa Melayu! Tidak perlu menterjemah novel bahasa Inggeris kerana kita sendiri memiliki penulis-penulis yang mampu menulis kisah-kisah menarik yang berlatarkan persekitaran tempatan.

Seronok kerana terdapat kisah-kisah yang sebelum ini remaja tidak tahu tetapi melalui pembacaan novel segar sebegini, terasa dunia lebih luas untuk diteroka. Yang lebih membanggakan, muka kulit novel yang ceria dan urban menyebabkan remaja tidak segan silu lagi memiliki novel berbahasa Melayu. Diharapkan kecemerlangan ini berterusan dan kualiti sentiasa ditingkatkan. Sekiranya remaja disajikan dengan bahan bacaan berkualiti, insyaAllah mentaliti pemimpin masa hadapan lebih maju dan lebih logik. Terima kasih PTS One!

Diari Ramadan Aiman

Labels:

Hai kawan-kawan! Bagaimana dengan puasa hari ini? Mesti okey, kan. Apabila sebut fasal puasa, di sini kami ada buku fasal berpuasa.

Diari Ramadan Aiman
Aiman kelihatan bersemangat menyambut bulan Ramadan. Mana tidaknya? Aiman sanggup memecah tradisi hidupnya dengan membuat diari khas sempena bulan Ramadan. Inilah pertama kali dalam hidupnya Aiman buat begitu. Entah apa yang ditulisnya dalam diari itu, ya. Sekiranya adik beradiknya tahu, entah apa reaksi mereka. Pasti Azfar yang comel itu tergelak sakan melihat gelagat abangnya.

Mari kita curi baca, apa yang Aiman tulis dalam diarinya.

moral: Membaca diari orang lain adalah salah. Err… kecuali diari yang ini, sebab Aiman yang bagi kita baca. smile

AKAK FARIHAH ISKANDAR DAN ABANG BAHA KENA ROMPAK?

Labels:

Tak, bukan kena rompak dalam ertikata perompak datang acu pistol dan ambil duit.


Tapi bos besar kami ada beritahu tentang buku Dear Yayah dan Dunia Ini Sederhana Kecil yang telah dijual secara haram oleh sebuah laman web yang tidak bertanggungjawab. Caranya? Dengan menjadikan buku-buku tersebut sebagai e-book dan dijual dengan harga jauh lebih murah. Bukan buku-buku PTS ONE sahaja, buku dari penerbit lain pun terkena.

Duit hasil jualan itu, sudah tentulah satu sen pun tak masuk ke dalam poket akak Farihah dan abang Baha.

Kasihan, dah penat menulis sampai 3 pagi, buku dirompak pula oleh orang yang tidak bertanggungjawab. 

Kami di PTS ONE memandang serius isu ini. Mungkin tidak berapa sen mana sangat dia dapat (kerana kami percaya peminat-peminat Farihah Iskandar lebih sanggup dapatkan yang original), tapi nyata perompak ini tidak menghormati penat lelah pengkarya. Lebih dari itu, perompak ini seorang yang malas dan sanggup buat begitu untuk dapatkan duit dengan cara yang senang (merompak).

Kawan-kawan jangan ikut perangai jahat perompak ini. Kalau nak duit, carilah jalan yang betul dan diredhai.

Kawan-kawan, berikan sokongan kepada akak Farihah Iskandar dan abang Baha ya!

BARU - BUDAK PSIKIK: DENDAM PUTERI AISYA

Labels: ,

Ini pula buku terbaru siri Budak Psikik. Buat mengubat rindu peminat-peminat siri Budak Psikik ini. Apa komen kawan-kawan?

REMAJA@PTSONE

Labels: , ,


Inilah cover untuk antologi Remaja@PTSONE 2008. Macam mana? Cun kan? :P

SEKITAR PROGRAM MARI BERCERITA

Labels:

Fotoblog program mari bercerita yang telah dianjurkan oleh pihak pelajar IUAM dengan kerjasama PTS ONE. Bertempat di Convest Hill sempena dengan Pesta Konvo UIA yang baru berlangsung. Pertandingan itu telah diadili oleh penulis PTS ONE, Pak Rejab F.I, Alif Firdaus Azis dan Roslan.

Alif Firdaus bersama Pak Rejab, penulis cerita kanak-kanak PTS ONE

Antara peserta Mari membaca duduk santai di atas pentas

Pak Rejab menghiburkan penonton dengan memberi teka-teki.

Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang

Upacara bergambar bersama pemenang dan para hakim

Dari kiri: Alif Firdaus Azis (Orang Kuat), Nazri M. Annuar, Pak Rejab dan Puan Fatima Az-Zahra (penulis Tabik Cikgu)