Karya terbaru Aizam Aiman!


Salam kawan-kawan!


Teringin nak jadi puteri raja? Haha! Kawan-kawan memang sesuai membaca karya terbaru Aizam Aiman bertajuk 'Sayalah Puteri Raja' yang bakal berada dipasaran awal bulan depan. Ianya mengisahkan Zara seorang gadis yang sering berangan menjadi puteri raja, tetapi adakah impiannya itu menjadi kenyataan?
Mahu tahu cerita selanjutnya, kawan-kawan dapatkan buku ini nanti ya.

Di atas itu adalah cover novel 'Sayalah Puteri Raja!' harap kawan-kawan dapat beri komen ya!

Salam perkenalan!

Hai adik-adik! Apa khabar? Harap baik-baik saja, ya. Kali ini giliran saya menulis di Blog PTS One. Saya adalah ahli terbaru editorial PTS One! Salam perkenalan buat semua!

Sepanjang seminggu saya bekerja di sini, saya amat gembira kerana rakan-rakan sekerja baik dan peramah. Terasa seakan-akan zaman sekolah dahulu. Berkenalan dengan rakan baru, cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan bersedia membina pengalaman yang baru.

Kawan-kawan juga tentunya ada banyak pengalaman berkenalan dengan rakan baru, bukan? Tentu ada yang malu-malu, tak kurang juga ada yang sememangnya peramah. Eh, ada yang tersenyum-senyumlah. Mengapa tu? Teringat kisah lucu ketika mula-mula masuk sekolah ya? Hehehe... simpanlah semua ingatan itu kerana apabila adik-adik sudah meningkat dewasa kelak, cerita-cerita zaman sekolah itulah pengerat hubungan persahabatan. Sesi bercerita kisah lucu di zaman sekolah takkan berakhir keseronokannya!

Tetapi untuk membina persahabatan yang utuh, kita sama-sama perlu memberi dan menerima. Kalau kita mahu rakan lain baik dengan kita, kita kenalah berbuat baik dengan mereka dahulu. Kemudian barulah terjalinnya persahabatan yang kekal abadi. Harap adik-adik gembira dengan rakan-rakan adik, seperti mana saya gembira menyertai geng PTS One =)

Semoga berjumpa lagi, adik-adik!

-Kak Husna-

Nomik ALAN ALONE

Labels: , ,

Hai kawan-kawan, cuaca hari ini baik. kan? Apabila cuaca baik dan nyaman, macam-macam kita boleh buat. Apatah lagi membaca novel. Kali ini kami mahu berkongsi *nomik baru dari Alif Firdaus Azis. tajuknya, ALAN ALONE.

Photobucket

Ia menceritakan kisah budak kecil bernama ALAN yang ditinggalkan seorang diri di tengah bandar. Oh... dia bukan seorang, sebenarnya dia juga ditemani sebuah robot comel. Macam-macam perkara mereka jumpa sepanjang dugaan itu. Rasailah pengalaman menarik mereka dalam bentuk komik dan tulisan dalam *nomik, ALAN ALONE.

Sementara itu, mari kita lihat preview ringkas nomik ini.

Photobucket
ALAN dan robot permainannya tercengang kerana ditinggalkan seorang diri di tengah bandar. Kasihan dia....

Photobucket
Haaa... yang pakai cermin mata itu ayah Alan. Yang budak kecil berjambul itulah hero kita, ALAN.


Photobucket
Inilah tempat penulis mengedit komik.

Jadi, apa lagi? Jangan ketinggalan dapatkan *nomik ALAN ALONE pada pertengahan Februari nanti. Sementara itu, kawan-kawan jenguklah ke blog ALIF FIRDAUS AZIS di sini.


*nomik = novel dan komik dalam satu buku.

Melah Melia 3 Kembali Lagi!

Labels:


Hai kawan-kawan!

Masih ingat Melah Melia? Alah... budak perempuan yang naif tetapi bijak itu! Yang ada masalah... tut.... Hehe....
Sudah lama Melah Melia menyepikan diri. Hmm... bagaimana agaknya kehidupan Melah Melia yang baru ya?
Eh, apa sudah jadi dengan Syamimi, kawan baik Melah Melia? Dia ada masalah? Masalah apa?
Melah Melia bersedih? Mengapa pula? Betulkah Syamimi sudah menyingkirkan Melah Melia daripada hidupnya?
Ish... ish... banyak perkara rupa-rupanya berlaku dalam hidup Melah Melia sekarang.
Hmm... nampaknya kawan-kawan terpaksalah tunggu kemunculan Melah Melia 3 di pasaran! :)


Oh, ya, kepada kawan-kawan yang masih belum mengenali Melah Melia, belum terlambat. Kawan-kawan boleh dapatkan Melah Melia dan Melah Melia 2 yang kembali hangat di pasaran! :)




Hendak tahu lebih lanjut tentang Ainin Naufal yang mewarnai dunia kawan-kawan dengan karakter Melah Melia yang comel? Apa kata berkenalan dengan Kak Ainin di sini!

Siri terbaru daripada Aizam Aiman

Hai kawan-kawan....

Bagaimana dengan sesi persekolahan yang baru bermula? Seronok? Dapat guru baru? Kawan baru? Ataupun dapat kembali sekelas dengan geng lama? Satu kelas dengan geng popular? Atapun pelajar pandai? Ataupun kawan-kawan sendiri yang tergolong dalam geng-geng itu? Hehehe....

Walau apa pun, semoga kawan-kawan gembira dan bersemangat untuk belajar dan belajar!

Oh ya, walaupun sudah kembali sibuk dengan pelajaran di sekolah, jangan lupa dapat buku-buku PTS One. :) Setiap bulan, kami berusaha dengan sedaya upaya, bagi memberikan yang terbaik untuk kawan-kawan. :) Terharu? Hehe.... :P

Kepada kawan-kawan yang ternanti-nantikan karya terbaru Aizam Aiman, harap bersabar. Bulan Februari nanti, kawan-kawan berpeluang mendapatkan karya terbaru dia. Tapi... ini bukan sambungan My Secret. Ini buku pertama untuk siri baru. Buku apa? Nak tahu? Apa kata kita jengah blog Aizam Aiman di sini

Selamat belajar dan membaca buku-buku PTS One. :)