Salam perkenalan!
Hai adik-adik! Apa khabar? Harap baik-baik saja, ya. Kali ini giliran saya menulis di Blog PTS One. Saya adalah ahli terbaru editorial PTS One! Salam perkenalan buat semua!
Sepanjang seminggu saya bekerja di sini, saya amat gembira kerana rakan-rakan sekerja baik dan peramah. Terasa seakan-akan zaman sekolah dahulu. Berkenalan dengan rakan baru, cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan bersedia membina pengalaman yang baru.
Kawan-kawan juga tentunya ada banyak pengalaman berkenalan dengan rakan baru, bukan? Tentu ada yang malu-malu, tak kurang juga ada yang sememangnya peramah. Eh, ada yang tersenyum-senyumlah. Mengapa tu? Teringat kisah lucu ketika mula-mula masuk sekolah ya? Hehehe... simpanlah semua ingatan itu kerana apabila adik-adik sudah meningkat dewasa kelak, cerita-cerita zaman sekolah itulah pengerat hubungan persahabatan. Sesi bercerita kisah lucu di zaman sekolah takkan berakhir keseronokannya!
Tetapi untuk membina persahabatan yang utuh, kita sama-sama perlu memberi dan menerima. Kalau kita mahu rakan lain baik dengan kita, kita kenalah berbuat baik dengan mereka dahulu. Kemudian barulah terjalinnya persahabatan yang kekal abadi. Harap adik-adik gembira dengan rakan-rakan adik, seperti mana saya gembira menyertai geng PTS One =)
Semoga berjumpa lagi, adik-adik!
-Kak Husna-

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 komen:
Nanti Kak Husna tulis novel untuk Pts ke?
Hai Khadijah.. buat masa ni saya tak menulis utk PTS, cuma jd staf editorial saja.. terima kasih Khadijah kerana bertanya =)
editor pts one ada 3 orang sahaja kan? siapa lagi 2 ek?
hai gadis bertudung hitam.. wah ini tajuk buku abg bahrudin ni! =)
sekarang editor pts one ada 5 org.. saya yg terbr, dan kak nani masuk pd bln 8 thn lps kalau tak silap.. selebihnya masih kak lia, kak fiza dan alif.
salam kak husna!!salam perkenalan juga buat kak husna..nampaknya saya ada kembar baru la..hehe,,
erm,,kak husna..selain buku aizam aiman tadi,,ada tak novel hasil karya ain maisarah yang terbaru??
hi husna
jom makan
Post a Comment