Kami sudah berpindah Blog


Hai kawan-kawan. Terima kasih atas sokongan dan kunjungan kawan-kawan di blog PTS ONE ini. Tanpa kawan-kawan, siapalah kami. Bagi menghargai pembaca, PTS ONE merancang sesuatu yang lebih besar untuk semua. Sebagai permulaan, kami memindahkan blog ini ke http://ptsone.com.my/

Segala berita terikini akan disiarkan di sana. Jumpa di sana!

.

Fantasi@PTS One

Assalamualaikum, hai kawan-kawan!

Berbeza bukan wajah blog PTS One kali ini? Ada seperti memasuki alam lain tak? Hehehe... jangan bimbang. Ini masih blog PTS One, hanya kami tukar tema blog ini sempena bulan Jun yang kami namakan, Bulan Fantasi. Bulan Fantasi ini bertujuan menyemarakkan lagi minat membaca kawan-kawan pada genre fantasi. Selalunya baca novel cinta ataupun novel bergenre biasa sahaja bukan? Kali ini, apa kata kawan-kawan ubah selera dengan membaca buku bergenre fantasi pula. PTS One sudah menerbitkan beberapa buah buku bergenre fantasi. Ha... di bawah ini ada beberapa contoh buku genre fantasi yang sudah kami terbitkan:


Kawan-kawan pernah membaca buku-buku di atas? Ataupun pernah membaca buku-buku lain terbitan PTS One yang bercorak fantasi? Oh... ada juga yang kata tidak pernah ya? Kepada yang pernah membaca dan memiliki buku-buku fantasi PTS One, kami mengucapkan syabas dan tahniah! Kepada yang masih belum membaca ataupun milikinya sebagai koleksi peribadi, kami galakkan kawan-kawan untuk mula dari sekarang! Mengapa? Kerana sempena Bulan Fantasi ini, kami akan mengadakan pertandingan. Apa kaitan pertandingan Bulan Fantasi ini dengan membaca dan memiliki buku-buku fantasi PTS One? Ha... ini kaitannya.

Pertandingan Fantasi@PTS One

Kawan-kawan diminta menulis review mana-mana buku fantasi PTS One dengan gaya penulisan yang paling menarik dan kreatif. Kawan-kawan juga boleh sertakan cadangan ataupun komen berkenaan genre tersebut. Mahu tulis pengalaman selepas membaca karya itu juga boleh. Tulislah apa-apa sahaja, yang penting ada review berkenaan buku fantasi PTS One. Perkara lain yang mahu kawan-kawan tulis akan menjadi bonus.

Tulis di mana?
Senang sahaja. Kami yakin ramai kawan-kawan PTS One mempunyai blog. Kami mahu kawan-kawan poskan entri review buku fantasi PTS One di blog kawan-kawan, dan memberikan kami linknya pada komen di bawah ini. Kami akan membaca dan menilai penyertaan kawan-kawan terus di blog kawan-kawan. Wah, belum apa-apa, kami sudah rasa seronok kerana kami akan membuat lawatan ke blog-blog meminat PTS One. Em... apa? Ada yang tidak ada blog tetapi berminat menyertai pertandingan ini? Jangan bimbang. Kawan-kawan yang tidak mempunyai blog, boleh mengemelkan review buku kawan-kawan ke ptsone@pts.com.my.

Apa hadiah pertandingan ini?
Lima peserta dengan review paling menarik dan kreatif akan mendapat:


Naskhah paling panas dari kilang, buku JIN: Jangan Ikut Nafsu karya Fatimah Az-Zahra. Buku ini belum ada di pasaran tau kawan-kawan. Kawan-kawan juga akan mendapat beberapa hadiah misteri yang eksklusif, contohnya VCD Hantu Silap Mata The Movie sumbangan ikhlas daripada cartoonrama.blogspot.com. Menarik bukan?

Kepada yang menyertai namun tidak terpilih sebagai antara lima entri terbaik, jangan bimbang. Kami sangat menghargai semua penyokong PTS One. Jadinya, kepada semua penyertaan, kami akan berikan hadiah sebagai penghargaan.

Tarikh tutup pertandingan:
Jam 11.59 malam, 30 Jun 2009.

Apa lagi, marilah menyertai pertandingan Fantasi@PTS One ini! (^_^)

Sejuta Penghargaan

Hai, assalamualaikum buat semua pengunjung blog PTS One!

Kami di PTS One dengan besar hati dan penuh rasa syukur, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang masih setia memberikan sokongan kepada kami. Malah apabila melihat bilangan pengikut (follower) blog ini yang sudah mencecah lebih daripada angka 100, kami berasa begitu gembira dan teruja! Diharapkan kami dapat terus memberikan kawan-kawan bahan bacaan yang menarik, comel, berfaedah dan menghiburkan.

Terima kasih daripada kami sekali lagi. Teruskan memberi sokongan kepada kami, kerana kawan-kawanlah semangat kami semua!

Mari ke Read Malaysia!

Hai kawan-kawan!

Bermula esok, 29 Mei 2009 hingga 7 Jun, akan berlangsung satu lagi pesta buku iaitu Read Malaysia, dan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd turut terlibat bagi menjayakan pesta buku ini. Pelbagai genre buku dalam pelbagai bahasa dapat kawan-kawan perolehi di sana. Ada penerbit buku bahasa Melayu, penerbit buku bahasa Inggeris dan penerbit buku bahasa Cina! Ha, tunggu apa lagi? Mari ke Read Malaysia!

Jam berapa?
11.00 pagi - 10.00 malam.

Di mana?
Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa, MINES Resort City, Kuala Lumpur.

Mahukan diskaun istimewa?
Muat turun dan cetak kupon diskaun di sini.

Sebarang kemas kini dan berita sepanjang pesta buku Read Malaysia pula, kawan-kawan bolehlah layari ke sini.

Jangan lupa bertemu dengan penulis-penulis kesayangan kawan-kawan!
Jumpa di sana!

Selasa (2 Jun 2009)
2.30 - 3.30 petang
Sesi bertemu peminat dan kuiz bersama Lily Haslina Nasir (Aku Bukan Superstar)


Selasa (2 Jun 2009)
4.00 - 6.30 petang
Sesi bertemu peminat dan kuiz bersama Alif Firdaus Azis (Alan Alone), Natasya Effyzal (Tempat Kedua?) dan Aizam Aiman (Sayalah Puteri Raja!)

PERHATIAN:

Sesi berjumpa Farihah Iskandar bagi mempromosikan Hai Suria! telah dibatalkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan ini. Namun pada peminat Kak Farihah yang hendak ke sana, jangan bimbang kerana Kak Farihah selalu ada di booth Read Malaysia. Hanya perlu bertanyakan kepada staf bertugas, yang mana satu Kak Farihah. Harap maklum. Terima kasih.




Semoga Berjaya!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog PTS One!

Apa khabar? Lama kita tidak bertegur sapa. Bagaimana dengan sambutan hari guru yang lalu? Dengar cerita daripada kawan-kawan yang lain, sambutan hari guru terpaksa ditunda sehingga habisnya peperiksaan pertengahan tahun kawan-kawan. Betulkah?

Sekiranya begitu, kami di PTS One hendak mengucapkan semoga berjaya kepada semua yang menghadapi peperiksaan! Belajar rajin-rajin ya? Jangan lupa berdoa kepada Tuhan, semoga usaha kawan-kawan akan membuahkan hasil.

Bagi sesetengah pelajar, peperiksaan pertengahan tahun tidak sepenting peperiksaan akhir tahun, mahupun peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM. Namun sebenarnya, setiap peperiksaan mahupun ujian yang direncanakan pihak sekolah adalah penting, demi memastikan kawan-kawan mengingati dan memahami setiap peringkat pembelajaran yang sudah kawan-kawan hadapi.

Akhir kata, kongsi-kongsilah dengan kami pengalaman kawan-kawan sepanjang minggu peperiksaan ini! Sekiranya ada antara kawan-kawan yang menghadapi masalah dalam mengulang kaji pelajar, tinggalkanlah komen di bawah, kami di PTS One dan rakan yang lain akan cuba membantu. Insya-Allah.... Kita ini bersatu, bukan? Kerana itu kita One. Hehehe...

Jaga diri baik-baik ya? Semoga kawan-kawan sihat selalu. Sampai berjumpa lagi!

Oh sebelum kami terlupa, memandangkan sambutan hari guru kawan-kawan kebanyakannya sudah ditunda, kawan-kawan masih belum terlambat membeli hadiah hari guru untuk guru tersayang. Apa lagi? Belilah buku hadiah Untuk Cikgu Terbaik di atas muka bumi Tuhan!


Video cara menggunakan buku HADIAH UNTUK CIKGU

Hai! Hari guru semakin hampir. Di sini kami mahu cadangkan satu hadiah yang paling praktikal, murah dan eksklusif kepada kawan-kawan. Bukan hanya pelajar sekolah rendah dan menengah sahaja yang boleh menggunakannya. Pelajar univeristi juga sesuai menggunakannya. Bagi lebih jelas lagi, tontonlah video di bawah ini:


Pemenang Utama buku 'Untuk Cikgu Terbaik di Atas Muka Bumi Tuhan' adalah....

Photobucket

Wah! Begitu banyak penyertaan yang diterima. Kami semua tergelak membaca dialog lucu kawan-kawan. Nampaknya, kita ada ramai pelapis penulis novel kanak-kanak dan remaja PTS ONE. 

Jumlah penyertaan yang diterima cukup memberangsangkan. Sukar bagi kami mahu memilih 5 pemenang utama. Namun, selepas bertekak sesama editor, akhirnya kami mengumumkan 5 pemenang pertandingan 'Untuk Cikgu'.  

Sebelum itu, biar kami beritahu sekali lagi, apakah hadiahnya....

2 buah buku 'Untuk Cikgu Terbaik
di atas muka bumi Tuhan!'
+ Beberapa hadiah misteri

5 Pemenang utama itu adalah:

Nazirah binti Ahmad Fathullah

Alya binti Rohaizan.

NurSyahirah bt Che Rahimi

Halimatus Saadiah bt Ab Razak

Nor Hazira binti Hanapi   

Tahniah! Pemenang akan menerima hadiah tidak berapa lama lagi. Kepada yang lain, jangan bimbang. Buku 'Untuk Cikgu Terbaik di Atas Muka Bumi Tuhan' itu juga boleh dibeli di kedai buku berhampiran mulai minggu hadapan.

p/s: Buku ini sudah habis ketika jualan di Pesta Buku Kuala Lumpur baru-baru ini.

Poster edisi terhad percuma!

Hai kawan-kawan! Mula-mula, kami mahu mengucapkan tahniah kepada semua kawan-kawan yang sudah menghantar penyertaan pertandingan 'Untuk Cikgu Terbaik di Atas Muka Bumi Tuhan'.  Semua editor PTS ONE tergelak membaca dialog lucu kawan-kawan. Semuanya kreatif, ada tokoh jadi penulis novel komedi. :)
Hari ini kami di PTS ONE ada sesuatu yang istimewa untuk kawan-kawan. Nampak poster ini?


Poster besar ini akan diberi percuma kepada 250 pembaca PTS ONE yang bertuah. Ia takkan diperoleh di mana-mana melainkan hanya di Pesta Buku Antarabangsa 2009 di PWTC. Bila dan bagaimana mahu dapatkan poster edisi terhad ini? Mudah sahaja. kawan-kawan datanglah menyertai program-program PTS ONE di bawah:

Program: Sesi Autograph dan Kuiz Bersama Penulis PTS One
Tarikh: 19 April 2008 (Ahad)
Masa: 10 pagi – 11 pagi
Tempat: Tempat: Booth PTS (TR2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC
Penulis: Lily Haslina Nasir (Aku Bukan Superstar) & N. J. Neri (Harta Itu Aku Punya!)

Program: Sesi Autograph dan Kuiz Bersama Penulis PTS One
Tarikh: 20 April 2008 (Isnin)
Masa: 10 pagi – 12 tengah hari
Tempat: Tempat: Booth PTS (TR2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC
Penulis: Natasya Effyzal (Tempat Kedua dan karya lain) & Ida Munira Abu Bakar (Hero Assyira dan karya lain)

Program: Sesi Autograph dan Kuiz Bersama Penulis PTS One
Tarikh: 21 April 2008 (Selasa)
Masa: 10 pagi – 12 tengah hari
Tempat: Tempat: Booth PTS (TR2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC
Penulis: Farihah Iskandar (Hai Suria! dan Siri Dear Yayah) & Bahruddin Bekri (Detektif Bertudung Hitam dan karya lain)

Program: Sesi Autograph dan Kuiz Bersama Penulis PTS One
Tarikh: 22 April 2008 (Rabu)
Masa: 10 pagi – 11 pagi
Tempat: Tempat: Booth PTS (TR2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC
Penulis: Majidah Mat Jusoh (Dunia Jam 10 dan Dua Dunia) & Alif Firdaus Azis (Alan Alone dan karya lain)

Program: Sesi Autograph dan Kuiz Bersama Penulis PTS One
Tarikh: 23 April 2008 (Khamis)
Masa: 10 pagi – 12 pagi
Tempat: Tempat: Booth PTS (TR2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC
Penulis: Kusyi Hirdan (Mengapa Aku Masih Jadi Pengetua? dan karya lain) & Imran Yusuf (Sherlock Holmes)

Dapatkan Kupon Untuk Diskaun!

Labels:

Perhatian! Perhatian! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 kembali lagi!

Ya, kepada yang tidak tahu ataupun terlupa, sukacita diumumkan sekarang berlangsung pesta buku di PWTC daripada 17 April 2009 hingga 26 April 2009. Jadi, apa tunggu lagi?

Sila dapatkan buku-buku PTS One di gerai BOOTH PTS, 72 - 79 - BERDEKATAN DEWAN TUN HUSSEIN ONN.

Kepada semua yang mahu membeli buku PTS, boleh dapatkan kupon untuk diskaun. Sila klik di sini!

Jangan ketinggalan! :P

Dapatkan 'buku hadiah' percuma sempena Hari Guru



Hai kawan-kawan! Di sini ada pertandingan menarik untuk kawan-kawan. Semua pelajar sekolah yang belajar di Malaysia, Brunei dan Singapura layak menyertai pertandingan menarik ini. 5 pemenang utama akan menerima....

2 buah buku 'Untuk Cikgu Terbaik
di atas muka bumi Tuhan!'
+ Beberapa hadiah misteri

Buku 'Untuk Cikgu Terbaik di Atas Muka Bumi Tuhan' ini adalah buku yang dibuat khas sempena hari guru. Tedapat pelbagai artikel menarik yang dapat dikongsi oleh cikgu dan kawan-kawan. Lebih menarik lagi, kawan-kawan boleh buat artikel sendiri dalam buku ini dan hadiahkan buku ini pada cikgu kesayangan kawan-kawan. 


Apa yang perlu kawan-kawan buat?
Ikuti langkah yang mudah ini:

LANGKAH 1
Isi dialog A dan B pada kartun di bawah. Lagi lucu, lebih bagus.


LANGKAH 2
Lengkapkan ayat ini:
Saya mahu berikan buku ini kepada cikgu saya sebab........ (tidak melebihi 20 patah perkataan).

LANGKAH 3
Lengkapkan butir diri kawan-kawan di bawah.
Nama:
Umur:
email:
No. Telefon:
Alamat surat menyurat:
Blog ( jika ada ):

LANGKAH 4
Hantarkan kesemua maklumat yang dibuat itu ke email: ptsone@pts.com.my

5 pemenang utama akan menerima 2 buku ekslusif ini bersama beberapa hadiah lain. Cepat! Tarikh tutup adalah 17 April 2009. 


Mari berkenalan dengan editor-editor PTS ONE

Hai kawan-kawan... inilah editor-editor di sebalik nama PTS ONE. Selamat berkenalan. :)

Nama: Kak Lia
Perkara menarik: Dia sukakan masakan Ayam Penyet dan makanan pedas. Sanggup tidur sehingga 3 pagi semata-mata mahu habiskan menonton DVD drama korea.

Nama: Kak Fiza
Perkara menarik: Baginya, tiada apa yang menarik melainkan anaknya sendiri. Mana-manapun asyik cerita fasal anaknya yang comel itu sahaja.
Nama: Kak Nani
Perkara menarik: Suka menyanyi. Pernah datang ujibakat menyanyi dan muka dia masuk TV. Pada handphone dia, ada banyak nombor telefon artis-artis Malaysia.


Nama: Kak Husna
Perkara menarik: Editor PTS ONE paling pendiam di kehidupan sebenar, tetapi apabila diajak berchating, dialah yang paling banyak menaip.

Nama: Abang Alif
Perkara menarik: Berjaya turunkan berat badan sebanyak 1kg dalam tempoh 2 tahun.




Cover Dunia Jam Sepuluh-Sila Komen!


Hai kawan-kawan, 


Di atas adalah cover bagi novel terbaru keluaran PTSONE yang bertajuk Dunia Jam Sepuluh. Novel ini adalah sambungan bagi cerita Dua Dunia. Kami harap kawan-kawan dapat berikan komen ya. Kami tunggu!

Buku Baharu Syok! - Dapatkan di pasaran!

Labels:

Hai kawan-kawan!

Seronok bercuti selama seminggu? Kepada yang sudah menduduki ujian sebelum cuti tentu lebih seronok, bukan? :)

Kepada yang baru mahu menduduki ujian, PTS One mengucapkan selamat maju jaya. Semoga dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan cemerlang!

Di sini, kami dengan bangganya mahu menguar-uarkan yang kami ada banyak buku baru untuk bacaan kawan-kawan. Apa lagi! Silalah dapatkan di pasaran!

Siapa pernah baca Mengapa Aku Jadi Pengetua? Hah, ini ada sambunganya. Mahu tahu kisah selanjutnya? Apa sudah jadi kepada Izaz Noraini? Loli sudah jadi Ali? Ada lagi orang yang dengki? Hmm... macam-macam....




Pernah baca Dunia Ini Sederhana Kecil dan Doa Untuk Aku? Suka? Kelakar? Mahu baca karya Bahruddin Bekri yang lain? Yang juga kelakar dan akan buat kawan-kawan ketawa sambil menggeleng kepala?




Jeng...jeng...jeng.... Memperkenalkan karya pertama penulis baharu kami; N. J. Neri dengan karya berjudul Harta Itu Aku Punya! Harta siapa? Siapa perempuan itu? Adakah dia berniat jahat? Mahu tahu? Apa lagi! Silalah beli dan baca! :)

Hebahan Umum - PTS One Turun Padang Lagi!

Hai, nampaknya bulan Mac memang jadual PTS One penuh dengan aktiviti promosi. Bukan selalu, jadi sama-samalah kita menjayakannya okey! :)


Jumpa di sana!

Hebahan Umum - Farihah Iskandar Turun Padang!

Labels:

Kawan-kawan suka baca buku Farihah Iskandar? Mahu berjumpa dengan beliau? Jangan lepaskan peluang beramah mesra dengan Farihah Iskandar pada hari Ahad ini! :)

Ada penulis-penulis lain yang akan turut serta. Siapa ya? Hah... yang pasti penulis kegemaran kawan-kawanlah! :)




Jumpa di Stadium Melawati okey! :)

Tempat Ke-2?

Salam kawan-kawan....

Ada tak antara pembaca PTS One ada adik-beradik kembar? Selalu bergaduh tak?
Ada kembar yang rapat. Ke mana-mana pasti bersama.
Ada kembar yang buat haluan masing-masing.
Ada kembar yang tak boleh berjumpa langsung. Pasti mahu gaduh.

Tetapi... apa kaitan kembar dengan promosi cerita Tempat Ke-2 ini?
Hm... sekiranya kawan-kawan mahu tahu, perlulah beli novel ini.
Ini novel ketiga Natasha Effyzal. Siapa yang tak kembar pun boleh beli buku ini ya!


Mm... cantik tak
cover buku ini?


Hebahan Umum - PTS One Turun Padang!!!

Labels:

Perhatian kepada kawan-kawan, sempena cuti sekolah ini, PTS One akan berada di beberapa lokasi MPH bersama penulis-penulis kami untuk sesi beramah mesra dengan kawan-kawan. Hah... jangan main-main, bukan selalu dapat berjumpa, bergambar, minta autograph penulis-penulis PTS One. Jadi, apa tunggu lagi? Marilah bertemu kami okey!

Kepada yang belum membeli, inilah masanya mendapatkan buku di MPH terpilih bersama tandatangan penulis! Sesiapa yang sudah beli masih boleh datang bawa buku dan dapatkan tandatangan. Okey?

Selamat berjumpa! :)




Remaja@PTSONE kembali!

Hai kawan-kawan!


Masih ingat lagi pada novel Remaja@PTSONE? Yup! novel ini akan kembali dipasaran sempena Hari Raya Aidilfitri nanti. Jadi, kami membuka peluang kepada kawan-kawan yang berminat menghantar karya bertemakan pengalaman di bulan puasa dan juga pengalaman ketika beraya bagi dimuatkan ke dalam novel hangat itu. Walaubagaimanapun, hanya karya terbaik sahaja yang akan dipilih dan setiap karya yang dimuatkan akan menerima RM 50 berserta sijil penghargaan. Menarik bukan? 

Apa lagi mulalah menulis sekarang. Mana tahu, ada antara karya kawan-kawan yang terpilih. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah:

- Tiada had umur.
- Yang penting jalan cerita mesti menarik, kreatif dan lain dari yang lain.
- Tema pengalaman beraya ataupun berpuasa.
- Karya bersaiz A4, lebih kurang 8 muka surat.
-font-12, double spacing

-Hantarkan manuskrip kawan-kawan itu ke alamat ini:

  Remaja@PTSONE
  No. 9-1&11-1, 
  Jalan Wangsa Setia 3
  Wangsa Melawati
  53300 Kuala Lumpur

Atau emelkan ke haryani@pts.com.my

Jangan malu-malu menghantar karya kawan-kawan tu sebab orang yang malu-malu susah nak berjaya! okey, bye!

Owh ya! tarikh tutupnya adalah pada 11 May 2009. 

Karya terbaru Aizam Aiman!


Salam kawan-kawan!


Teringin nak jadi puteri raja? Haha! Kawan-kawan memang sesuai membaca karya terbaru Aizam Aiman bertajuk 'Sayalah Puteri Raja' yang bakal berada dipasaran awal bulan depan. Ianya mengisahkan Zara seorang gadis yang sering berangan menjadi puteri raja, tetapi adakah impiannya itu menjadi kenyataan?
Mahu tahu cerita selanjutnya, kawan-kawan dapatkan buku ini nanti ya.

Di atas itu adalah cover novel 'Sayalah Puteri Raja!' harap kawan-kawan dapat beri komen ya!

Salam perkenalan!

Hai adik-adik! Apa khabar? Harap baik-baik saja, ya. Kali ini giliran saya menulis di Blog PTS One. Saya adalah ahli terbaru editorial PTS One! Salam perkenalan buat semua!

Sepanjang seminggu saya bekerja di sini, saya amat gembira kerana rakan-rakan sekerja baik dan peramah. Terasa seakan-akan zaman sekolah dahulu. Berkenalan dengan rakan baru, cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan bersedia membina pengalaman yang baru.

Kawan-kawan juga tentunya ada banyak pengalaman berkenalan dengan rakan baru, bukan? Tentu ada yang malu-malu, tak kurang juga ada yang sememangnya peramah. Eh, ada yang tersenyum-senyumlah. Mengapa tu? Teringat kisah lucu ketika mula-mula masuk sekolah ya? Hehehe... simpanlah semua ingatan itu kerana apabila adik-adik sudah meningkat dewasa kelak, cerita-cerita zaman sekolah itulah pengerat hubungan persahabatan. Sesi bercerita kisah lucu di zaman sekolah takkan berakhir keseronokannya!

Tetapi untuk membina persahabatan yang utuh, kita sama-sama perlu memberi dan menerima. Kalau kita mahu rakan lain baik dengan kita, kita kenalah berbuat baik dengan mereka dahulu. Kemudian barulah terjalinnya persahabatan yang kekal abadi. Harap adik-adik gembira dengan rakan-rakan adik, seperti mana saya gembira menyertai geng PTS One =)

Semoga berjumpa lagi, adik-adik!

-Kak Husna-

Nomik ALAN ALONE

Labels: , ,

Hai kawan-kawan, cuaca hari ini baik. kan? Apabila cuaca baik dan nyaman, macam-macam kita boleh buat. Apatah lagi membaca novel. Kali ini kami mahu berkongsi *nomik baru dari Alif Firdaus Azis. tajuknya, ALAN ALONE.

Photobucket

Ia menceritakan kisah budak kecil bernama ALAN yang ditinggalkan seorang diri di tengah bandar. Oh... dia bukan seorang, sebenarnya dia juga ditemani sebuah robot comel. Macam-macam perkara mereka jumpa sepanjang dugaan itu. Rasailah pengalaman menarik mereka dalam bentuk komik dan tulisan dalam *nomik, ALAN ALONE.

Sementara itu, mari kita lihat preview ringkas nomik ini.

Photobucket
ALAN dan robot permainannya tercengang kerana ditinggalkan seorang diri di tengah bandar. Kasihan dia....

Photobucket
Haaa... yang pakai cermin mata itu ayah Alan. Yang budak kecil berjambul itulah hero kita, ALAN.


Photobucket
Inilah tempat penulis mengedit komik.

Jadi, apa lagi? Jangan ketinggalan dapatkan *nomik ALAN ALONE pada pertengahan Februari nanti. Sementara itu, kawan-kawan jenguklah ke blog ALIF FIRDAUS AZIS di sini.


*nomik = novel dan komik dalam satu buku.

Melah Melia 3 Kembali Lagi!

Labels:


Hai kawan-kawan!

Masih ingat Melah Melia? Alah... budak perempuan yang naif tetapi bijak itu! Yang ada masalah... tut.... Hehe....
Sudah lama Melah Melia menyepikan diri. Hmm... bagaimana agaknya kehidupan Melah Melia yang baru ya?
Eh, apa sudah jadi dengan Syamimi, kawan baik Melah Melia? Dia ada masalah? Masalah apa?
Melah Melia bersedih? Mengapa pula? Betulkah Syamimi sudah menyingkirkan Melah Melia daripada hidupnya?
Ish... ish... banyak perkara rupa-rupanya berlaku dalam hidup Melah Melia sekarang.
Hmm... nampaknya kawan-kawan terpaksalah tunggu kemunculan Melah Melia 3 di pasaran! :)


Oh, ya, kepada kawan-kawan yang masih belum mengenali Melah Melia, belum terlambat. Kawan-kawan boleh dapatkan Melah Melia dan Melah Melia 2 yang kembali hangat di pasaran! :)




Hendak tahu lebih lanjut tentang Ainin Naufal yang mewarnai dunia kawan-kawan dengan karakter Melah Melia yang comel? Apa kata berkenalan dengan Kak Ainin di sini!

Siri terbaru daripada Aizam Aiman

Hai kawan-kawan....

Bagaimana dengan sesi persekolahan yang baru bermula? Seronok? Dapat guru baru? Kawan baru? Ataupun dapat kembali sekelas dengan geng lama? Satu kelas dengan geng popular? Atapun pelajar pandai? Ataupun kawan-kawan sendiri yang tergolong dalam geng-geng itu? Hehehe....

Walau apa pun, semoga kawan-kawan gembira dan bersemangat untuk belajar dan belajar!

Oh ya, walaupun sudah kembali sibuk dengan pelajaran di sekolah, jangan lupa dapat buku-buku PTS One. :) Setiap bulan, kami berusaha dengan sedaya upaya, bagi memberikan yang terbaik untuk kawan-kawan. :) Terharu? Hehe.... :P

Kepada kawan-kawan yang ternanti-nantikan karya terbaru Aizam Aiman, harap bersabar. Bulan Februari nanti, kawan-kawan berpeluang mendapatkan karya terbaru dia. Tapi... ini bukan sambungan My Secret. Ini buku pertama untuk siri baru. Buku apa? Nak tahu? Apa kata kita jengah blog Aizam Aiman di sini

Selamat belajar dan membaca buku-buku PTS One. :)