Fantasi@PTS One
Assalamualaikum, hai kawan-kawan!
Berbeza bukan wajah blog PTS One kali ini? Ada seperti memasuki alam lain tak? Hehehe... jangan bimbang. Ini masih blog PTS One, hanya kami tukar tema blog ini sempena bulan Jun yang kami namakan, Bulan Fantasi. Bulan Fantasi ini bertujuan menyemarakkan lagi minat membaca kawan-kawan pada genre fantasi. Selalunya baca novel cinta ataupun novel bergenre biasa sahaja bukan? Kali ini, apa kata kawan-kawan ubah selera dengan membaca buku bergenre fantasi pula. PTS One sudah menerbitkan beberapa buah buku bergenre fantasi. Ha... di bawah ini ada beberapa contoh buku genre fantasi yang sudah kami terbitkan:
Kawan-kawan pernah membaca buku-buku di atas? Ataupun pernah membaca buku-buku lain terbitan PTS One yang bercorak fantasi? Oh... ada juga yang kata tidak pernah ya? Kepada yang pernah membaca dan memiliki buku-buku fantasi PTS One, kami mengucapkan syabas dan tahniah! Kepada yang masih belum membaca ataupun milikinya sebagai koleksi peribadi, kami galakkan kawan-kawan untuk mula dari sekarang! Mengapa? Kerana sempena Bulan Fantasi ini, kami akan mengadakan pertandingan. Apa kaitan pertandingan Bulan Fantasi ini dengan membaca dan memiliki buku-buku fantasi PTS One? Ha... ini kaitannya.
Kawan-kawan diminta menulis review mana-mana buku fantasi PTS One dengan gaya penulisan yang paling menarik dan kreatif. Kawan-kawan juga boleh sertakan cadangan ataupun komen berkenaan genre tersebut. Mahu tulis pengalaman selepas membaca karya itu juga boleh. Tulislah apa-apa sahaja, yang penting ada review berkenaan buku fantasi PTS One. Perkara lain yang mahu kawan-kawan tulis akan menjadi bonus.

Naskhah paling panas dari kilang, buku JIN: Jangan Ikut Nafsu karya Fatimah Az-Zahra. Buku ini belum ada di pasaran tau kawan-kawan. Kawan-kawan juga akan mendapat beberapa hadiah misteri yang eksklusif, contohnya VCD Hantu Silap Mata The Movie sumbangan ikhlas daripada cartoonrama.blogspot.com. Menarik bukan?
Kepada yang menyertai namun tidak terpilih sebagai antara lima entri terbaik, jangan bimbang. Kami sangat menghargai semua penyokong PTS One. Jadinya, kepada semua penyertaan, kami akan berikan hadiah sebagai penghargaan.
Jam 11.59 malam, 30 Jun 2009.
Apa lagi, marilah menyertai pertandingan Fantasi@PTS One ini! (^_^)
24 komen:
InsayaAllah kalau saya ada masa nanti saya akan hantar k???=)
Ermm, nak tanya kalau buat review untuk buku Tempat ke-2 boleh tak??Harap boleh??Kalau tak boleh, boleh tak tolong bagi senarai penuh buku fantasi yg boleh review?Thanks!!!
Ermm nak tanya lagi satu buku tawanan mimpi untuk direviewkan boleh tak?
Salam, alyiafarzana,
Terima kasih krn berminat menyertai pertandingan ini.
Tempat ke-2 bukan cerita fantasi. Fantasi ialah genre buku yang jln ceritanya tidak wujud di alam realiti.
Cthnya, ikan duyung dan manusia berkuasa luar biasa (superhero la gitu).
Tawanan Mimpi adalah sangat sesuai untuk adik review! (^-^)
Ok terima kasih Si Daun kerana menjawab soalan saya...=)
Sama-sama, alyiafarzana! (^_^)
Sesiapa lagi yang mahu bertanya,
tinggalkan saja komen di sini ya?
Jangan malu-malu ;)
Hmm,macam mana dengan kembar terpilih?
Saya sudah hantar review, =p tetapi saya minta maaf sebab review saya lebih terarah kepada tema fantasi PTSone untuk bulan ini.Harap-harap PTS benarkan dan terima ya,ya?
Saya suka semua buku fantasi PTS ONE. Apa kata selepas ini PTS ONE buat filem fantasi pula. Mesti gerek!
Hidup PTS ONE!
Hidup Editor PTS ONE!
Hidup pembaca PTS ONE!
Kekallah sampai bila-bila.
Alisha
- Sungai Petani, Kedah
Hidayah,
Ya, kembar terpilih juga boleh.
HiDayahiDayah,
Kami sudah terima penyertaan adik.
Terima kasih kerana menyertai pertandingan ini.
Nanti kami akan kumpulkan semua penyertaan dan membuat penilaian.
Terima kasih sekali lagi! (^_^)
Alisha,
Terima kasih atas cadangan.
Tetapi berada di depan layar bukanlah bakat kami. Hehe.
Mungkin akan dipertimbangkan kelak.
Teruskan menyokong PTS One ya!
Salam PTS One,
Huhu.Saya juga berminat untuk meneyertai pertandingan cerpen ini kerana saya terlepas untuk menyertai cerpen raya dan puasa.Tetapi,saya tidak ada buku fantasi pun.Kalau yang cerpen tu,kena menulis fasal cerita atau pun komen@cadangan?
Si Daun,adakah saya punya harapan untuk merebut lima terbaik?
DJ Farahani,
Pertandingan ini tidak perlukan penyertaan berupa karya cerpen ataupun novel bergenre fantasi. Hanya perlu karang ulasan mana-mana buku fantasi terbitan PTS One dgn cara yang paling kreatif! Nak tambah komen ataupun cadangan juga boleh sebagai tambahan ;)
HiDayahiDayah,
haaa... suspens tak? Hehe, sukar untuk diberitahu sekarang kerana kami perlu membuat penilaian semua penyertaan terlebih dahulu. Harap adik bersabar dan banyaknya doa ya! Jika ini rezeki adik, tidak ke mana juga (^_^)
Ala,cepatkanlah closing date dia yee.AMIN!hehehhe
Ermm nak tanya berapa patah perkataan yang dihadkan?Dan berapa muka surat yang boleh dipakai sebab saya tulis panjang-panjang??hihihihi.......Kalau tulis panjang-panjang boleh ker?terima kasih!!!
Helohelo,
Hantar lebih dari satu penyertaan boleh tak? =)
Kak PTS ,
Saya sudah hanta pembetulan review.Harap pihak PTS perasan ya!Okkei,selamat maju jaya!
HiDayahiDayah awak ni kn macan belagak je...jng over excited ok.....
Anonymous,
Berlagak?Kenapa pulak.Excited?Tak adalah.Saya saja je nak tolong penuhkan ruangan komen ni.Yela,nanti orang cakap, 'eh eh,ramainya orang nak masuk pertandingan ni.Nak masuk jugaklah.'Kira tolong jugak.Hmm,apa-apa jelah anonymous,asalkan hati awak tenang,senang dan riang.Bila awak tenang,tak adalah nak buat dosa lagi. =p
saya nak hantar lebih dari satu boleh ye?
Salam kawan-kawan,
Ya, kawan-kawan boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.
Hantar jangan tak hantar!
Silalah lawat saya punya blog dan komen.Ini blog saya: alyiafarzana.blogspot.com ;)
hai.....
i love t0 read dear yayah...
GO PTS ONE G0...
salam,
Saya nak tahu kalau PTS one menerbitkan buku yang telah dipublish N3 di penulisan2u??
Post a Comment