Selamat Tahun Baru 2009

Hi kawan-kawan!

Pejam celik, kita sudah berada di ambang 2009.

Bagaimana persiapan menjejakkan kaki kembali ke sekolah? Sudah bersedia fizikal dan mental? :) Kami mendoakan kawan-kawan dapat menempuh alam persekolahan dengan lebih cemerlang.

Cuti sekolah hampir berakhir. Bagaimana? Seronok menghabiskan cuti ditemani buku-buku terbitan PTS One? Sudah dapatkan boxset Aku Mahu ke New York? Sarah dan Bunga Mawar? Mengapa Aku Jadi Pengetua? DSA- Alam Ria Cuti Sekolah? Hmm... diari Dear Yayah pula sudah beli? Jangan lupa 1 Januari nanti mahu mencatat hal-hal peribadi di dalam diari itu! Hehehe....

Nantikan juga buku-buku baru terbitan kami yang akan muncul menemani kawan-kawan setiap bulan. Rindukan karya Alif Firdaus Azis? Ainin Naufal? Bahruddin Bekri? Farihah Iskandar? Eh, Aizam Aiman dan Natsya Effyzal pun ada? Hmmm....
Sabar ya... karya baru mereka akan muncul tidak lama lagi.... :)

Okeylah, semoga yang baik-baik berlaku dalam hidup kawan-kawan sepanjang tahun 2009. :)

Persiapan

Salam adik-adik,

Cuti sekolah sudah hampir habis. Tentu bosankan. Sudah lama bercuti terpaksa ke sekolah pula. Bagi yang bersekolah pagi kena bangun awal. Macam mana dengan persiapan adik-adik? Sudah beli baju dan kasut sekolah? Sekiranya yang lama masih elok, adik-adik boleh guna semula. Ini dapat membantu menjimatkan perbelanjaan ibu dan ayah adik-adik di zaman gawat ini. Tapi sekiranya adik-adik naik tingkatan 1 jangan pula pakai pakaian yang lama. Nanti cikgu marah pula.
Okey jumpa lagi nanti.

Blog PTS ONE sedang dikemaskini

Apa khabar adik-adik?

Pasti seronok kerana sekarang cuti sekolah. Sekarang ini musim banjir dan tanah runtuh. Tidak selamat bermain di kawasan banjir dan di lereng bukit. Ingatlah orang yang tersayang.

Oh ya! Blog ini berlaku sedikit masalah. Minta maaf sekiranya rupa paras blog ini menimbulkan rasa kurang selesa kepada adik-adik. Kami akan mengembalikan wajah sebenar blog PTS ONE ini tidak berapa lama lagi. Mana Abang Wanzu Hairi? Kami memerlukan kepakaran Abang Wanzu Hairi yang hebat itu!

Cuti Sekolah!

Wah! Mesti kawan-kawan sedang seronok bercuti sekarang ni bukan? Tapi, sekiranya singgah di kedai-kedai buku, jangan lupa untuk membeli buku-buku keluaran PTS ONE ya. Khas bagi cuti sekolah ini, kami mempunyai beberapa produk baru antaranya Sarah dan Bunga Mawar, Dear Yayah The Diary, Aku mahu ke New York 1 dan 2, 3P Hantu Legenda dan banyak lagi!


Menariknya, Aku Mahu Ke New York 1 dan 2 turut menawarkan pakej istimewa untuk kawan-kawan. Jangan lupa dapatkannya di kedai ya! Buku ini dijangka akan berada di pasaran pada pertengahan Disember.

Nampaknya banyak pertanyaan tentang cara penghantaran manuskrip. Jadi pada kawan-kawan yang berminat untuk menulis di bawah PTS ONE bolehlah rujuk syarat-syarat di bawah:

- Sila hantarkan sinopsis penuh cerita.
- Sinopsis bagi setiap bab.
- Contoh bab 1 dan 2 bagi memudahkan kami menilai mutu bahasa.

Kami mempunyai 3 produk, jadi kawan-kawan boleh kategorikan manuskrip itu mengikut produk di bawah ini:

1) Kanak-kanak lelaki dan perempuan
(Watak utama-kanak-kanak perempuan/lelaki (pelajar sekolah rendah)
Tema: Sains fiksyen, kehidupan kanak-kanak, persahabatan, hubungan keluarga, penyiasatan, kelakar, sukan, hobi dan sebagainya
kecuali tema cinta.

2) Remaja perempuan/lelaki (pelajar sekolah menengah/matrik/kolej)
Tema: Sains fiksyen, kehidupan kanak-kanak, persahabatan, hubungan keluarga, penyiasatan, kelakar, sukan, hobi dan sebagainya
cinta boleh diselitkan sebagai sampingan bukan tema utama.

3) Syok-berunsurkan chic-lit
watak utama perempuan/lelaki (awal pertengahan 20an)

Karya anda akan dinilai dan direspon secepat mungkin. Sebarang pertanyaan sila emel kepada haryani@pts.com.my , mazlia@pts.com.my atau ptsone@pts.com.my.

Selamat bercuti!