Cuti Sekolah!

Wah! Mesti kawan-kawan sedang seronok bercuti sekarang ni bukan? Tapi, sekiranya singgah di kedai-kedai buku, jangan lupa untuk membeli buku-buku keluaran PTS ONE ya. Khas bagi cuti sekolah ini, kami mempunyai beberapa produk baru antaranya Sarah dan Bunga Mawar, Dear Yayah The Diary, Aku mahu ke New York 1 dan 2, 3P Hantu Legenda dan banyak lagi!


Menariknya, Aku Mahu Ke New York 1 dan 2 turut menawarkan pakej istimewa untuk kawan-kawan. Jangan lupa dapatkannya di kedai ya! Buku ini dijangka akan berada di pasaran pada pertengahan Disember.

Nampaknya banyak pertanyaan tentang cara penghantaran manuskrip. Jadi pada kawan-kawan yang berminat untuk menulis di bawah PTS ONE bolehlah rujuk syarat-syarat di bawah:

- Sila hantarkan sinopsis penuh cerita.
- Sinopsis bagi setiap bab.
- Contoh bab 1 dan 2 bagi memudahkan kami menilai mutu bahasa.

Kami mempunyai 3 produk, jadi kawan-kawan boleh kategorikan manuskrip itu mengikut produk di bawah ini:

1) Kanak-kanak lelaki dan perempuan
(Watak utama-kanak-kanak perempuan/lelaki (pelajar sekolah rendah)
Tema: Sains fiksyen, kehidupan kanak-kanak, persahabatan, hubungan keluarga, penyiasatan, kelakar, sukan, hobi dan sebagainya
kecuali tema cinta.

2) Remaja perempuan/lelaki (pelajar sekolah menengah/matrik/kolej)
Tema: Sains fiksyen, kehidupan kanak-kanak, persahabatan, hubungan keluarga, penyiasatan, kelakar, sukan, hobi dan sebagainya
cinta boleh diselitkan sebagai sampingan bukan tema utama.

3) Syok-berunsurkan chic-lit
watak utama perempuan/lelaki (awal pertengahan 20an)

Karya anda akan dinilai dan direspon secepat mungkin. Sebarang pertanyaan sila emel kepada haryani@pts.com.my , mazlia@pts.com.my atau ptsone@pts.com.my.

Selamat bercuti!



 

2 komen:

Farhan Najwa said...

hello!!
huhu..wawa faham camner nak buat..
manuskrip wawa kategori ke-2!!
hahaha!!

p/s to kak ann:-

wawa mybe antar lmbat skit manuskrip tue ekk..hehe!!

Anonymous said...

hello!! hmm.... dengar macam best... kategori saya yang ke2. nanti saya hantarkan manskript tu ya? harap saya akan mendapat respon yan cepat.