Peluang bermain bersama penulis PTS ONE

Adik-adik suka main kan? Inilah peluang adik-adik bermain permainan menarik bersama penulis-penulis PTS ONE. Jangan lupa basuh tangan sebelum makan! :)
Tempat: Pentas utama PKNS Shah Alam
Tarikh: 2 Ogos 2008 ( Sabtu )
Masa: 1.00-2.00 petang
Penulis terlibat: Ainin Naufal, Nuriazam Ismail, Serunai Faqir, Faizal Dzasrik, Muhammad Alif Redzuan

ACARA PTS ONE SEPANJANG MINGGU INI

Labels:

PESTA BUKU SELANGOR

1. Ramah mesra bersama penulis PTS ONE di pentas acara.

Penulis: Nuriazam Ismail, Faizal Dzasrik, Alif Redzuan, Ainin Naufal dan Serunai Faqir
Tarikh: 2 Ogos 2008
Masa: 1 Petang
Tempat: Kompleks PKNS

2. Sesi ramah mesra penulis PTS ONE di booth.

Penulis: Bahruddin Bekri dan Faizal Dzasrik
Tarikh: 3 Ogos 2008
Masa: 11 Pagi
Tempat: Kompleks PKNS

PESTA BUKU MALAYSIA, PWTC

1. Sesi tandatangan autograf dan ramah mesra penulis PTS ONE

Penulis: Kusyi Hirdan, Hani ISmail dan Fred Suriya
Tarikh: 2 Ogos 2008
Masa: 12 Tengah hari
Tempat: Booth PTS, Dewan 3, PWTC

APA KOMEN

Kawan-kawan, sila beri komen terhadap kulit buku terbaru PTS ONE.

Suka? Tak Suka? Warna tak sesuai? Gambar tak lawa?


Sila, sila komen

Terima kasih

Bersantai bersama Farihah Iskandar dan Ain Maisarah di Kompleks Ole-ole

Berita baik buat adik-adik yang tinggal di Shah Alam, Klang dan Puchong.....
Kak Farihah dan Kak Ain Maisarah akan turun menemui adik-adik di sana!


Karnival Jom Baca Buku


18 hingga 20 Julai 2008
(Jumaat - Ahad: 10.00 pagi - 10 malam)
Tingkat 1, Kompleks Ole-ole,
Seksyen 18, Shah Alam

Aktiviti Menarik:
18 Julai (05.00 ptg.) :
- Pelancaran Buku: "Muhammad SAW"

19 Julai (01.00 tgh) :
- Santai Bersama Farihah Iskandar dan Ain Maisarah (PTS One Sdn. Bhd.)

20 Julai (01.00 tgh):
- Ramah Mesra Bersama Novelis ALAF 21
- Persembahan Nashid Kumpulan INSTINCT




Diskaun untuk buku-buku terbitan:
Persatuan Ulama Malaysia - iMAP - Telaga Biru – Alaf 21 - Pustaka Majid – Pustaka Salam – The Other Press – Islamic Book Turst – Truewealth Publishing - Pustaka Fajar – Perniagaan Jahabersa - Jasmin Enterprise - PTS - Blue-T – Progressive Publishing - iBOOK - Hidayah Publications - Pustaka Dini .

Maklumat lanjut:
Kedai Buku Tinta Ilmu, Tingkat 1,
Kompleks Ole-ole (TEL: 019-3799 101)

Dapatkan DISKAUN menarik
Membeli, membaca dan berjimat
SEMUA DIJEMPUT HADIR

Jangan Ketinggalan ....!

BERCAKAP DENGAN BOS

Labels:

Shiela, pelajar praktikal dari UiTM kini sedang menimba pengalaman di PTS ONE.

Jumaat lepas selepas saya terkial-kial menyelesaikan masalah gambar untuk cover sebuah novel, beliau sempat menemuramah saya untuk tujuan assignment yang hendak dihantar kepada penyarahnya.

Berikut antara intipati temuramah tersebut;

SHIELA
Bagaimana keadaan pasaran buku PTS ONE sekarang? Meningkat, sama saja atau merosot?

NAZRI
Keadaan situasi ekonomi sekarang tidak mengizinkan sebarang peningkatan yang mendadak. Bagaimanapun selamat saya katakan kami masih berupaya untuk bertahan disebalik banyak cabaran yang datang.

SHIELA
Bagaimana dengan persaingan PTS ONE dari a) penerbit tempatan, B) penerbit antarabangsa

NAZRI
Saya anggap saingan khusus PTS ONE datang dari penerbit tempatan. Kerana sasaran audien utama PTS ONE adalah pembaca buku bahasa Melayu.

SHIELA
Jadi rasanya PTS ONE tidak bersaing dengan penerbit antarabangsa?

NAZRI
Mungkin tidak secara terus. Persaingan dengan penerbit antarabangsa tetap ada, cuma persaingan itu akan nampak lebih "head to head" jika Puffin Books keluarkan produk dengan konsep sama seperti kami.

SHIELA:
Maknanya penerbit tempatan sebenarnya tidaklah bersaing sangat dengan penerbit antarabangsa kerana pembeli akan tetap membeli buku-buku tempatan?

NAZRI
Tidak juga. Bergantung kepada pembeli itu sendiri juga. Banyak faktor perlu diambil kira. Bangsa, demografik dan sebagainya. Saya boleh katakan pembaca buku PTS ONE majoritinya bangsa Melayu yang mahu membaca buku Melayu. Cabaran datang untuk 'memujuk' bangsa Cina dan India membaca buku-buku PTS ONE.

SHIELA
Bagaimana PTS ONE menjual bukunya? Dengan promosi habis-habisan?

NAZRI
Promosi penting untuk jual produk. Tapi kalau hendak berbicara tentang "menjual buku", semua aspek perlu diambil kira, bukan promosi sahaja. Kalau promosi hebat, karya lemah, tak jalan. Begitu juga sebaliknya.

SHIELA
Jadi perlu seimbang?

NAZRI
Ya

SHIELA
Apa yang PTS ONE buat untuk pastikan buku menjadi pilihan pembaca?

NAZRI
Satu, kulit buku mesti ada "appeal" kepada pembaca. Buku sama seperti produk lain. Bila ia berada di rak, ia mesti nampak segar. Ia mesti menarik pembeli untuk mengambilnya. Up to date. Contoh seperti persaingan antara Pepsi dan Coke. Kita lihat bagaimana kedua-duanya berlumba-lumba mengeluarkan produk baru, buat konsep baru dan tukar imej minuman mereka selalu mengikut kehendak zaman. Juga faktor cerita, tema, konsep buku itu. Semuanya mesti difikirkan dan dinaiktaraf selalu.

SHIELA
Katakanlah satu karakter novel PTS ONE nak dijadikan ala-ala Harry Potter Malaysia, bagaimana nak buat kanak-kanak pilih karakter PTS ONE itu berbanding Harry Potter?

NAZRI
Kena buat bersiri. Kemudian naikkan karakter itu sebagai hero kanak-kanak Malaysia. Mesti ada keunikan yang tersendiri. Juga bukan sekadar MENCIPTA keunikan, olahan terhadap keunikan itu juga penting. Semua penulis boleh cipta keunikan, tapi bagaimana dia hendak 'bermain' dengan keunikan dalam ceritanya?

SHIELA
Kiranya penulislah yang bekerja keras menghasilkan karakter itu?

NAZRI
Semua kena main peranan. Penulis sudah cipta karakter yang hendak dijadikan fenomena itu, kemudian tanggungjawab penerbit untuk cari jalan menaikkan karakter itu di mata audiens. Penerbit bertanggungjawab "memberitahu" audien buku itu bagus. Masing-masing memerlukan antara satu sama lain.

SHIELA
Siapakah pembeli sasaran buku kanak-kanak Di Malaysia; Kanak-kanak sendiri? Ibubapa? Guru-guru? Lain-lain? Sebab purchasing power bukan terletak di tangan kanak-kanak.

NAZRI
Sasaran pembeli tetap kanak-kanak. Kami mengeluarkan produk dengan memikirkan apa yang kanak-kanak hendak. Mereka yang akan pujuk mak ayah keluarkan duit. Peranan kanak-kanak tetap paling utama. Mak ayah takkan beli benda yang anak dia tak suka. Selalunya si ayah atau ibu akan tanya soalan berbentuk begini dahulu, "Nini suka buku ni?"

SHIELA
Tapi ada juga yang akan berkata, "Jangan beli buku ini, lebih baik beli buku Harry Potter...". Berkait rapat dengan mentaliti di mana barang luar negara lebih bagus dari barang tempatan.

NAZRI
Memang ada macam tu. Tapi selalunya masih juga bergantung kepada keputusan kanak-kanak itu sendiri. Peranan PTS ONE kepada kanak-kanak ialah "mencipta audiens" sementara peranan PTS ONE kepada ibu bapa yang bakal keluar duit ialah "mencipta reputasi'. "Mencipta audiens" bermakna karya-karya yang dihasilkan itu mengikut kehendak pembaca, yakni kanak-kanak. Sementara "mencipta reputasi" pula bermakna buku-buku itu "selamat" di mata ibubapa. Meteka tahu buku PTS ONE sesuai dibaca oleh anak mereka. Maka apabila dua elemen utama ini diambilkira, saya fikir tidak susah untuk menjual buku kanak-kanak terbitan tempatan.

SHIELA
PTS ONE mahu kembangkan pasarannya, bagaimana hendak mengubah persepsi ramai ibubapa yang masih beranggapan buku-buku terbitan tempatan kurang bermutu?

NAZRI
Hasilkan produk bermutu dan promosikannya.

SHIELA
Adakah encik Nazri merasakan kedai-kedai buku menganaktirikan produk tempatan berbanding antarabangsa. Contohnya kalau buku Harry Potter selalunya mendapat ruang yang lebih besar dengan poster yang diletakkan di depan pintu masuk.

NAZRI
Mereka buat apa yang dirasakan boleh menguntungkan kedai mereka. Itu normal. Jika dilihat Harry Potter boleh mendatangkan duit, sudah tentu ia diberi keutamaan. Bagi saya ini bukan isu anak tiri, ini isu apa yang patut diutamakan oleh kedai buku. Jika penerbit buku di Malaysia rasa dianaktiri, jadi hasilkan produk yang bermutu setaraf dengan Harry Potter. Cipta reputasi. Ya, saya tak nafikan susah, tapi penerbit buku sudah tentu motivasinya datang dari "passion" mereka terhadap buku, maka gunakan "passion" itu untuk melawan. Kalau ada yang kata, "cakap memang senang," maka senang saja, tak payah buat buku dan cari bisnes lain.



Tarikh akhir Cerpen Raya!

Ramai yang menghantar e-mel mengatakan baru terbaca iklan mengenai cerpen raya dan minta ditunda lagi. Jadi, atas jasa baik pihak pengurusan, tarikhnya ditunda.
Tarikh akhir menghantar cerpen selewat-lewatnya 14 Julai 2008.

Ni iklan yang lepas

Assalamualaikum…

Buat semua pembaca PTS One, pihak kami sedang mencari peminat yang sudi menulis cerpen bertema Hari Raya/Puasa. Masih ingat dengan buku remaja@ptsone yang diterbitkan pada hari raya tahun lepas? Buku seumpama itu akan diterbitkan lagi tahun ini tetapi bezanya kali ini, pihak kami berbesar hati untuk memuatkan 20 cerpen khas dari pembaca PTS One.

Tentu adik-adik mahu karya adik-adik turut dimuatkan bersama karya-karya penulis terkenal seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar dan ramai lagi...

Karya yang terpilih bukan sahaja akan diterbitkan malahan adik-adik akan menerima bayaran sebanyak RM50 sebagai duit raya dan senaskhah buku remaja@ptsone Bumper Raya 2008!

Spesifikasi cerpen

Tema: Hari Raya atau Puasa (watak remaja atau kanak-kanak)

Saiz: A4 (Times New Roman, Font 12, double spacing)

Hanya 6-8 halaman sahaja!

Hantarkan e-mel adik-adik kepada nurismaliza@pts.com.my selewat-lewatnya 2hb Julai 2008!

Sertakan sekali (diwajibkan)….

Nama penuh:
Nama Samaran/Manja:
Umur:
T. Lahir:
E-mel:
Blog/Friendster/My Space (jika ada):
No. tel: (akan dirahsiakan)
Alamat rumah dan poskod: (akan dirahsiakan)
Dua novel PTS One yang paling digemari:
Dua penulis PTS One yang paling digemari:


Hantarkan segera ya! Kami tunggu cerpen adik-adik semua!

TEH O SUAM ROTI BAKAR #3: HANTU SILAP MATA

Labels:


Apabila editor menjadi pembaca...

Tiba-tiba saya sedang ada mood untuk menaip dan menaip. Rasa seronok pula hendak berkongsi kesukaan saya. Err... kawan-kawan baca ataupun tak sebenarnya entri fasal ulasan buku ini? Hmm... tak apalah, saya anggap kawan-kawan baca.

Ini ada satu lagi buku yang saya suka...

HANTU SILAP MATA

Menarik sangatkah buku ini?
Hmm... nak kata menarik sangat, tak juga. Tetapi ada sesuatu yang saya suka.. sesuatu yang menarik...

Ada apa dengan buku ini?
Saya suka buku ini sebab beberapa perkara. Meluncur ais. Saya selalu berangan-angan menjadi peluncur air yang handal tetapi setakat ini (dan mungkin selama-lamanya), ia hanya impian semata-mata. Huh... meluncur ais pun pernah sekali saja. Jatuh banyak kali pula. Hmmm.... Kawan-kawan pandai meluncur? Sebab kedua, olahannya. Ringkas tetapi ada lucunya. Ada sesetengah ayat di dalam buku ini buat saya tersenyum... hmm... macam biasa kudengar ayat itu.... Ketiga, kadangkala saya perlukan buku yang berbeza dengan yang ada. Ada buku teknik silap mata. Ada banyak novel untuk dibaca. Tapi, buku ini menampilkan kedua-duanya. Silap mata dan sebuah cerita. Ada sedih dan gembira. Jadi, kesimpulannya, saya suka sebab ia berbeza sedikit daripada kebiasaan.

Siapa yang patut baca?

Kawan-kawan yang mengaku peminat Alif Firdaus Azis.
Sebagai peminat kenalah ambil tahu dan menyokong karya Alif, kan.... :p

Kawan-kawan yang suka silap mata.
Manalah tahu, dapat aura Hantu Silap Mata.

Semua yang suka buku.
Kesimpulannya, semua orang patut baca buku ini. Hehehe....

Bila agaknya Alif Firdaus Azis hendak menulis fasal jiran dia yang baik hati? Saya menunggu jawapan Alif. :)

Mazlia Murat
PTS ONE

VIDEO HERO ASSYRIA

Labels:




Beli di BookCafe

BOS PTS ONE DI MPH MIDVALLEY

Labels:

Saya berjalan-jalan di MPH Midvalley pada petang hari ahad lepas. Meninjau buku yang hendak dibeli untuk koleksi sendiri disamping melihat rak PTS ONE.

Neil Gaiman sudah ada dua buku kanak-kanak. Siapa kata penulis genre berat tak boleh hasilkan karya kanak-kanak?

Kemudian saya berlegar-legar di rak PTS ONE. Ketika itu datang dua remaja perempuan membelek buku-buku PTS ONE.

"Aku suka buku Ain," kata remaja A

Remaja B angguk. "Banyak buku dia, kau dah baca semua?"

Remaja A pula angguk. "Aku dah baca semua buku dia," sambil mencapai novel "Tak Bisa Memilihmu" dan menyerahkan kepada kawannya. "Aku suka buku PTS sebab jalan ceritanya simple. Cover-cover lawa pula tu."

Dia kemudian mencapai buku Melah Melia 2 dan memberikan kepada kawannya. Mereka terus berbual tentang buku karangan Ainin Naufal itu.

Saya tak tunggu perbualan mereka selesai kerana saya perlu ke tandas. Sakit perut.

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Labels: ,



Saya sebagai pemimpin PTS ONE mewakili editor staf ingin mengucapkan tahniah kepada penulis-penulis yang bertungkus lumus mengerah kreativiti. Penulis-penulis inilah menjadi faktor utama kejayaan novel-novel PTS ONE. Kegigihan setiap penulis amat bermakna buat PTS ONE. Ini terbukti apabila penulis-penulis PTS ONE menyumbang sebahagian besar dari peratus jumlah kutipan royalti tahun ini.


Semoga menerima royalti dengan selamat dan harapnya dapat terus menyumbangkan karya ke PTS ONE SDN BHD.

Juga saya mewakili tenaga kerja PTS ONE ingin mengucapkan tahniah kepada 18 penulis berikut yang telah menjadi penerima royalti tertinggi di kalangan penulis PTS ONE.

- Allahyarham Ahmad Zafran (Siri Sahabat Kole Kacang)
- Ain Maisarah (Siri Aku Mahu...)
- Ainin Naufal (Melah Melia)
- Aizam Aiman (My Secret)
- Ashadi Zain (Siri Adam Kecil)
- Ezee Rahmani (Sarah dan Anting-Anting)
- Faizal Dzasrik (Ini Satu Cerita)
- Farihah Iskandar (Siri Dear Yayah)
- Fred Suriya (Adam Kecil)
- Ida Munira (Ros Oktober)
- Ida Rizyani (G.I.M)
- Kusyi Hirdan (Kembara Hafiz)
- Meor Shariman (Kembar Terpilih)
- Miska K (Dear Diari)
- Mohd Kholid Hamzah (Siri Penyiasat Ekstrovert)
- Natasya Effyzal (Sekolah Kampung?)
- Nuriazam Ismail (Gitar dan Lolipop)
- Umi Kauthar (Dunia Sains Aiman)

Semoga rakan-rakan penulis akan terus bersemangat menulis karya yang menarik dan menjadi pembakar untuk lebih berjaya. Serta harapnya lebih banyak buku untuk PTS ONE pada tahun depan, InsyaAllah. :P

Nazri B. Mohd Annuar
Wangsa Melawati