TV KITA: SI MANIS AMNI - SNUGGLES SI NAGA MANJA

Labels:

TEH O SUAM ROTI BAKAR #2: AKU MAHU SAIZ S

Labels:


Apabila editor menjadi pembaca...

Ketika menerima manuskrip cerita ini, saya rasa seperti huhu.... Bukanlah kerana ceritanya tidak menarik tetapi atas sebab lain....


Aku Mahu Saiz S

Menarik sangatkah buku ini?
Ya.

Ada apa dengan buku ini?
Membaca buku ini seakan-akan mewakili keinginan saya yang mendalam (tak sangatlah... sebab kalau mendalam, saya akan bersungguh-sungguh, bukan?) untuk kembali ke saiz M. Sekarang ini saya dalam perjalanan ke saiz XL. Jadi, saya memahami perasaan Edrina, Widya dan Umi. Dan sesungguhnya saya meluat dengan Hana, Nita dan Huda. Okey, memang diakui anda cantik dan langsing, tetapi tak perlulah berlagak. Nanti Tuhan tarik balik, baru tahu! :p Hehe...
Kawan-kawan inginkan perasaan yang berbeza? Buku ini ada semua itu. Gembira, sedih, suka, marah, geram. Semuanya ada.

Siapa yang patut baca?

Kawan-kawan yang berlagak.
Orang tak suka orang yang berlagak. Jadi, fahamilah hakikat itu... :p

Kawan-kawan yang rendah diri.
You have your own special way... :)

Kawan-kawan semua saiz.
Fahamilah rasa hati kawan-kawan yang berlainan saiz supaya kawan dapat hidup dengan harmoni.

Semua yang suka buku.
Kesimpulannya, semua orang patut baca buku ini. Hehehe....

Hmm....bila agaknya saya dapat saiz M? Huh...

ENID BLYTON - LEGENDA

Labels: ,


Siapa yang pernah baca buku karangan Enid Blyton? Angkat tangan.

Tak kenal? Pernah baca buku Famous Five atau versi terjemahannya Lima Sekawan?. Aha! Mesti pernah baca atau nampak di perpustakaan bukan?

Enid Blyton adalah penulis kanak-kanak yang amat popular di seluruh dunia. Kalau nak tahu, karyanya sudah terjual lebih dari 400 juta naskah. Fuh! Banyak tu. Sepanjang hayatnya, beliau dah menulis lebih dari 50 buah novel. Karyanya sudah diterjemah ke 90 bahasa.

Satu pencapaian yang sungguh mengkagumkan.

Tetapi satu lagi keunikan yang menyumbang kepada legasi beliau ialah, karyanya segar sepanjang zaman.

Bayangkan cerita Famous Five dikarang sekitar tahun 1940-an, tetapi masih boleh dibaca dan digemari oleh kanak-kanak tahun 1980-an, 1990-an malah budak-budak alaf baru.

Sekarang kami nak tanya, apa buku-buku Enid Blyton yang penah kawan-kawan baca? Mungkin ada koleksi dalam rak buku di dalam bilik kawan-kawan?

Ayuh, kita kongsi bersama.

Menulis cerpen raya dan duit raya...


Assalamualaikum…

Buat semua pembaca PTS One, pihak kami sedang mencari peminat yang sudi menulis cerpen bertema Hari Raya/Puasa. Masih ingat dengan buku remaja@ptsone yang diterbitkan pada hari raya tahun lepas? Buku seumpama itu akan diterbitkan lagi tahun ini tetapi bezanya kali ini, pihak kami berbesar hati untuk memuatkan 20 cerpen khas dari pembaca PTS One.

Tentu adik-adik mahu karya adik-adik turut dimuatkan bersama karya-karya penulis terkenal seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar dan ramai lagi...

Karya yang terpilih bukan sahaja akan diterbitkan malahan adik-adik akan menerima bayaran sebanyak RM50 sebagai duit raya dan senaskhah buku remaja@ptsone Bumper Raya 2008!

Spesifikasi cerpen

Tema: Hari Raya atau Puasa (watak remaja atau kanak-kanak)

Saiz: A4 (Times New Roman, Font 12, double spacing)

Hanya 6-8 halaman sahaja!

Hantarkan e-mel adik-adik kepada nurismaliza@pts.com.my selewat-lewatnya 2hb Julai 2008!

Sertakan sekali (diwajibkan)….

Nama penuh:
Nama Samaran/Manja:
Umur:
T. Lahir:
E-mel:
Blog/Friendster/My Space (jika ada):
No. tel: (akan dirahsiakan)
Alamat rumah dan poskod: (akan dirahsiakan)
Dua novel PTS One yang paling digemari:
Dua penulis PTS One yang paling digemari:


Hantarkan segera ya! Kami tunggu cerpen adik-adik semua!

APA YANG BUDAK-BUDAK HENDAK?

Persoalan ini saya kira sama besarnya seperti persoalan popular "what woman want".

Apa yang budak-budak (kanak-kanak) hendak?

Analisis, kajian, kertas kerja atau apa cara sekali pun boleh dibuat untuk menentukan citarasa seorang kanak-kanak atau mungkin kanak-kanak dalam skala global.

Tetapi adakah itu menjawab sepenuhnya persoalan, apa yang mereka hendak?

Selera kanak-kanak berubah dengan pantas. Thundercats mungkin boleh dijual ketika era 80'an tetapi plotnya sudah dianggap membosankan oleh kanak-kanak era jalan cerita kompleks seperti Naruto.

Bagaimana pula dengan perubahan selera era Gila-Gila, kemudian Ujang menjadi hit dan akhirnya menyerah kalah dengan majalah GEMPAK.

Itu satu contoh apa yang kanak-kanak mahu dahulu tidak sama dengan sekarang.

Juga adakalanya perubahan selera kanak-kanak berubah dengan cepat seperti berubahnya produk telefon bimbit di pasaran.

Tahun lepas mungkin Kubrix adalah permainan yang hot, tidak lagi tahun ini.

Soalan di atas memang wajib dipandang serius, terutama untuk PTS ONE sebagai syarikat yang menghasilkan produk-produk dalam lingkungan umur tersebut.

Tiada formula yang boleh dikatakan "PASTI" bila kita menceritakan tentang kehendak kanak-kanak.

Jadi, bagaimana hendak menghasilkan "benda" yang disukai oleh kanak-kanak?

Saya kira, perkara pokok yang harus diteliti adalah kita, sebagai penjual (maknanya yang menghasilkan produk untuk kanak-kanak) harus menerjah ke dalam dunia mereka. Bukan sekadar memerhati dan membuat statistik, tetapi ikut sekali bermain dengan mereka, pergi ke tempat yang mereka suka pergi dan berbual tentang apa yang mereka suka bualkan. Malah jadilah seperti kanak-kanak.

Maka jika perlu, bergaduh tentang siapa yang lebih sesuai menjadi ketua Kampung Konoha, Naruto atau Sasuke bila mereka sudah dewasa kelak walaupun benda itu langsung tidak memberi impak kepada dunia politik global.

Kerana itu dunia kanak-kanak. Mereka boleh menyambut hari jadi karakter kesayangan dengan majlis yang sempurna.

Tiada yang logik dalam dunia kanak-kanak kerana bagi mereka, itulah logik.

Dewasa memang tidak akan pernah memahami dunia kanak-kanak.

Jadi apa yang kanak-kanak mahukan?

Mereka mahukan apa yang mereka mahu ketika mereka SEDANG menjadi kanak-kanak.