APA YANG BUDAK-BUDAK HENDAK?

Persoalan ini saya kira sama besarnya seperti persoalan popular "what woman want".

Apa yang budak-budak (kanak-kanak) hendak?

Analisis, kajian, kertas kerja atau apa cara sekali pun boleh dibuat untuk menentukan citarasa seorang kanak-kanak atau mungkin kanak-kanak dalam skala global.

Tetapi adakah itu menjawab sepenuhnya persoalan, apa yang mereka hendak?

Selera kanak-kanak berubah dengan pantas. Thundercats mungkin boleh dijual ketika era 80'an tetapi plotnya sudah dianggap membosankan oleh kanak-kanak era jalan cerita kompleks seperti Naruto.

Bagaimana pula dengan perubahan selera era Gila-Gila, kemudian Ujang menjadi hit dan akhirnya menyerah kalah dengan majalah GEMPAK.

Itu satu contoh apa yang kanak-kanak mahu dahulu tidak sama dengan sekarang.

Juga adakalanya perubahan selera kanak-kanak berubah dengan cepat seperti berubahnya produk telefon bimbit di pasaran.

Tahun lepas mungkin Kubrix adalah permainan yang hot, tidak lagi tahun ini.

Soalan di atas memang wajib dipandang serius, terutama untuk PTS ONE sebagai syarikat yang menghasilkan produk-produk dalam lingkungan umur tersebut.

Tiada formula yang boleh dikatakan "PASTI" bila kita menceritakan tentang kehendak kanak-kanak.

Jadi, bagaimana hendak menghasilkan "benda" yang disukai oleh kanak-kanak?

Saya kira, perkara pokok yang harus diteliti adalah kita, sebagai penjual (maknanya yang menghasilkan produk untuk kanak-kanak) harus menerjah ke dalam dunia mereka. Bukan sekadar memerhati dan membuat statistik, tetapi ikut sekali bermain dengan mereka, pergi ke tempat yang mereka suka pergi dan berbual tentang apa yang mereka suka bualkan. Malah jadilah seperti kanak-kanak.

Maka jika perlu, bergaduh tentang siapa yang lebih sesuai menjadi ketua Kampung Konoha, Naruto atau Sasuke bila mereka sudah dewasa kelak walaupun benda itu langsung tidak memberi impak kepada dunia politik global.

Kerana itu dunia kanak-kanak. Mereka boleh menyambut hari jadi karakter kesayangan dengan majlis yang sempurna.

Tiada yang logik dalam dunia kanak-kanak kerana bagi mereka, itulah logik.

Dewasa memang tidak akan pernah memahami dunia kanak-kanak.

Jadi apa yang kanak-kanak mahukan?

Mereka mahukan apa yang mereka mahu ketika mereka SEDANG menjadi kanak-kanak.

 

0 komen: