Menulis cerpen raya dan duit raya...
Assalamualaikum…
Buat semua pembaca PTS One, pihak kami sedang mencari peminat yang sudi menulis cerpen bertema Hari Raya/Puasa. Masih ingat dengan buku remaja@ptsone yang diterbitkan pada hari raya tahun lepas? Buku seumpama itu akan diterbitkan lagi tahun ini tetapi bezanya kali ini, pihak kami berbesar hati untuk memuatkan 20 cerpen khas dari pembaca PTS One.
Tentu adik-adik mahu karya adik-adik turut dimuatkan bersama karya-karya penulis terkenal seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar dan ramai lagi...
Karya yang terpilih bukan sahaja akan diterbitkan malahan adik-adik akan menerima bayaran sebanyak RM50 sebagai duit raya dan senaskhah buku remaja@ptsone Bumper Raya 2008!
Spesifikasi cerpen
Tema: Hari Raya atau Puasa (watak remaja atau kanak-kanak)
Saiz: A4 (Times New Roman, Font 12, double spacing)
Hanya 6-8 halaman sahaja!
Hantarkan e-mel adik-adik kepada nurismaliza@pts.com.my selewat-lewatnya 2hb Julai 2008!
Sertakan sekali (diwajibkan)….
Nama penuh:
Nama Samaran/Manja:
Umur:
T. Lahir:
E-mel:
Blog/Friendster/My Space (jika ada):
No. tel: (akan dirahsiakan)
Alamat rumah dan poskod: (akan dirahsiakan)
Dua novel PTS One yang paling digemari:
Dua penulis PTS One yang paling digemari:
Hantarkan segera ya! Kami tunggu cerpen adik-adik semua!
25 komen:
Salam....
Kalau saya hantar cerpen yang belum lagi di formatkan boleh tak ???
Ini kerana saya tidak berapa pandai...
Contohnya seperti huruf yg besar diawal cerpen...
Terima Kasih
Boleh. E-mel pada akak, nanti akak periksa.
terima kasih Kak Ann...
Nanti Balqis emel kan..
Salam Ann..kalau nak hantar komik raya camana ye?
salam
cantiknyer
Salam,
Kalau saya hantar sinopsis dulu,baru hantar manuskrip boleh?
Salam ,
Cerpen ini kena hantar sinopsisnya dulu ye?
Kalau terus hantar cerpennya tanpa sinopsis?
salam..
boleh tak kalau hantar cerpen tanpa sinopsis..??
Boleh. Hantar sahaja terus tanpa menghantar sinopsis. 20 cerpen terbaik akan diterbitkan. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum kak Ann...
Kak Ann,saya baru tengok ruangan ini kelmarin,saya pun ingin mencuba untuk menghantar cerpen,tapi saya rasa masa yang ada lagi sangat sedikit,boleh tak Kak Ann lanjutkan lagi tempoh penghantaran cerpen ni??Boleh la..please..Ima berharap sangat...
Waalaikumsalam
Ada juga pembaca yang e-mel minta dipanjangkan sedikit.
Jadi, tarikh akhir menghantar cerpen akan dilanjutkan hingga 7hb Julai 2008.
Adik-adik bolehlah menulis dan menghantar cerpen selewat-lewatnya pada tarikh 7hb Julai 2008.
Selamat menulis!
salam kak ann..
buat pengetahuan kak ann, saya sudahpun menghantar cerpen yang saya tulis melalui e-mail yahoo. tapi.. saya tak pasti sama ada kak ann ada terima kiriman tersebut.
e-mail adress yahoo tu ialah
syaris91@yahoo.com
Aimi Nadhrah,
Akak dah terima 3 cerpen yang adik hantar. Terima kasih.
Salam Kak Ann...Faraha nak hantar lah cerpen nih....Farah akan buat yang terbaik....Tingkatkan Penerbitan anda!!
Kak ann,saye dah hantar cerpe...kak ann terima tak?saje nak pastikan..
emel : ima_sakura12@yahoo.com
kak ann..
saya saja nak pastikan..
kak ann dapat tak cerpen ke3 saya?
Assalamualaikum. Kak Ann, rasanya saya orang terakhir yang menghantar penyertaan cerpen raya ini. Tetapi harapnya cerpen itu masih boleh diterima oleh Kak Ann untuk diperiksa dan seterusnya dinilai.
Saya baru sahaja perasan yang saya lupa meletakkan tajuk cerpen tersebut. Tajuk-tajuk yang saya fikirkan semuanya tidak bersesuaian. Tetapi saya berikan sajalah ye..
>> Rahmat di Pagi Syawal
Saya Hazira, email : irahazira_93@yahoo.com
terima kasih,
salam
Tahniah kepada semua yang sudah menghantar cerpen.
Nampaknya adik-adik ini berani menyahut cabaran. ada yang sudah menghantar 2-3 cerpen.
Kalau kesemua cerpen itu bagus, insya-Allah akan diterbitkan juga.
Halimatus, Zahidah dan irahazira,
Kak ann dah terima cerpen adik semua. Tq.
Salam,
Dah dpt cerpen saya yg bertajuk Menjelang Lebaran?
Akak dah terima cerpen najwa yang bertajuk menjelang lebaran tu. Tq.
Salam...
tahun ni x nak wat agi ke?
akak !
thun 2009 nie x der ker ?
eylla tringin sgt nk hntr cerpen eylla .
please .
hrp d pertimbangankn .
lah kak..skarang da 2011 lorh
Post a Comment