ENID BLYTON - LEGENDA

Labels: ,


Siapa yang pernah baca buku karangan Enid Blyton? Angkat tangan.

Tak kenal? Pernah baca buku Famous Five atau versi terjemahannya Lima Sekawan?. Aha! Mesti pernah baca atau nampak di perpustakaan bukan?

Enid Blyton adalah penulis kanak-kanak yang amat popular di seluruh dunia. Kalau nak tahu, karyanya sudah terjual lebih dari 400 juta naskah. Fuh! Banyak tu. Sepanjang hayatnya, beliau dah menulis lebih dari 50 buah novel. Karyanya sudah diterjemah ke 90 bahasa.

Satu pencapaian yang sungguh mengkagumkan.

Tetapi satu lagi keunikan yang menyumbang kepada legasi beliau ialah, karyanya segar sepanjang zaman.

Bayangkan cerita Famous Five dikarang sekitar tahun 1940-an, tetapi masih boleh dibaca dan digemari oleh kanak-kanak tahun 1980-an, 1990-an malah budak-budak alaf baru.

Sekarang kami nak tanya, apa buku-buku Enid Blyton yang penah kawan-kawan baca? Mungkin ada koleksi dalam rak buku di dalam bilik kawan-kawan?

Ayuh, kita kongsi bersama.

 

1 komen:

Sara Imanina said...

Salam,

dulu semasa Sara darjah 1 dan 2, Sara sangat gemar mebeli buku karya Enid Blyton. Semasa sekolah rendah dahulu, memng banyak buku karya Enid Blyton di perpustakaan sekolah Sara dan tidak dinafikan, buku-buku karya beliaulah yang paling mendapat sambutan. ( saya tahu sebab saya pustakawan.hehe )

Tapi dewasa ini, Sara dah tak beli buku karya beliau. Sara pun tak tau kenapa. Ada juga koleksi buku Enid Blyton tapi malaslah nak pergi tengok di rak buku. haha

Panjang pula komen Sara. ( hik..hik )