Remaja@PTSONE kembali!

Hai kawan-kawan!


Masih ingat lagi pada novel Remaja@PTSONE? Yup! novel ini akan kembali dipasaran sempena Hari Raya Aidilfitri nanti. Jadi, kami membuka peluang kepada kawan-kawan yang berminat menghantar karya bertemakan pengalaman di bulan puasa dan juga pengalaman ketika beraya bagi dimuatkan ke dalam novel hangat itu. Walaubagaimanapun, hanya karya terbaik sahaja yang akan dipilih dan setiap karya yang dimuatkan akan menerima RM 50 berserta sijil penghargaan. Menarik bukan? 

Apa lagi mulalah menulis sekarang. Mana tahu, ada antara karya kawan-kawan yang terpilih. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah:

- Tiada had umur.
- Yang penting jalan cerita mesti menarik, kreatif dan lain dari yang lain.
- Tema pengalaman beraya ataupun berpuasa.
- Karya bersaiz A4, lebih kurang 8 muka surat.
-font-12, double spacing

-Hantarkan manuskrip kawan-kawan itu ke alamat ini:

  Remaja@PTSONE
  No. 9-1&11-1, 
  Jalan Wangsa Setia 3
  Wangsa Melawati
  53300 Kuala Lumpur

Atau emelkan ke haryani@pts.com.my

Jangan malu-malu menghantar karya kawan-kawan tu sebab orang yang malu-malu susah nak berjaya! okey, bye!

Owh ya! tarikh tutupnya adalah pada 11 May 2009. 

 

14 komen:

Anonymous said...

saya org pertama yang mengomen entri ini!hihihi.ini untuk 2009 ke?

Anonymous said...

ble tarikh tutup dia?
(mcm nk msk je...)


dri nurul ain

ain_ppg@yahoo.com

atchah said...

ya2! bila tarikh tutup???

Anonymous said...

bila tarikh akhir nya?
apa yang perlu disertakan?
ikut tahun lepas ke?
nak guna font apa? berapa?
berapa space nya?
ke semua ikut format tahun lepas?

Alya said...

Ehh , awalnye tarikh tutup !
Takpe2 , Insya-Allah Alya sertai lg untuk tahun ni .

Salam ,
Alya .
[ Thn lps buat crpn
'Apa Yang Hilang ?' ]

Anonymous said...

Terima Kasih Atas Pelawaan Anda (Warga PTS)

Saya akan sentiasa,sedang atau telah akan menyokong Pts One!

Dulu tak masuk Pertandingan Tulis Cerpen!=P Sekarang bolehlah ceburi!Hahaha...



Sekian Terima Kasih,

Yang Bnar,
Farah

Ilmar Imia said...

adakah ceritanya perlu berkisah tentang remaja sahaja?

dAyah said...

hurm...quite interesting..nak join la..hehe..tp mcm x de masa la pulak,..hurmmm

Anonymous said...

klu dier cite psl bende lain boleh??maknenyek bkn psl hari raya or puasa..??(hrp2 boleh tajuk lain..ish2)

nfarzana said...

aslm,

klu cerita dier psl benda lain??
maknenyak bukan psl hari raya or puasa,boleh??(hrp2 boleh..bab dah ade jln cite dier)...


nfarzana_96@yahoo.co.uk

Irash Syazuya said...

ermm,cam best.Nak join2 la.

(idea boom2 keluar)

kak nanie said...

Salam adik-adik!

Remaja@ptsone ni bertemakan hari raya. Jadi mestilah ceritanya berkisar kepada hari raya dan bulan pusa saja...

fairuz ((: said...

11 may .
birthday shaye .
hehehe xP

Anonymous said...

bestnya...
tahun 2009 punya ye?
ptsone buat satu novel macam remaja@pts tapi bkan untuk raya dan puasa