Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam adik-adik! 

Mesti semua dah dalam mood raya sekarang ni. Maklumlah, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan berakhir.

Semua novel dan duit raya sudahpun dalam perjalanan ke rumah adik-adik. Kak Ann dan Kak Shiela dah poskan dua hari lepas. Begitu juga dengan sampel buku penulis dan duit raya mereka. 

Di sini, akak ingin memaklumkan mungkin ada perubahan kepada cerpen yang dihantar selepas menjalani proses editing dan sebagainya. Harap adik-adik gembira dan berpuas hati.

Pihak PTS One juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelajar parktikal UiTM iaitu Kak Shiela yang banyak menyumbang tenaga selama beberapa bulan menjalankan praktikum di sini. Selain membuat kerja-kerja editing dan layout, beliau juga turut menguruskan friendster PTS One (ptsone@pts.com.my) dan juga Myspace. Mungkin adik-adik juga ada menerima invitation daripada Kak Shiela kan. Minggu ini adalah minggu terakhir beliau ada di sini. Apapun, kami tetap doakan yang terbaik untuk Shiela. Semoga ada masa depan yang cerah dalam bidang penerbitan. All the best, dik!

Di kesempatan ini, Kak Ann mewakili team PTS One ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua peminat PTS One yang tidak jemu memberikan sokongan. Maaf zahir dan batin.

Semoga selamat pulang ke kampung dan kalau dapat duit raya, simpan ya! Dan yang paling penting jangan lupa promote pada sanak saudara supaya dapatkan buku edisi khas Remaja@ptsone 2008 dan Diari Ramadan Aiman tau!

Kepada yang adik-adik yang dah baca, harap tinggalkan komen....

 

5 komen:

Alya said...

Bestnyer sebab dapat buku free..Hehe :)

Anyway, terima kasih kepada editor ptsone, dan yang terlibat yerp dalam proses penghasilan remaja@ptsone .. Tak jemu membacanya sebab diselitkan sekali dengan komik2 raya!

MIRA said...

Best sgt buku Remaja ni!!!
Tak jemu membaca..
Kak Ann,
Thn dpn buat lagi mcm ni ya?

halim said...

Ima tk dpt lg..hu..hu..knaper ek?agak2 kak ann tahu tk biler sampai??sbb ima tinggal kat terengganu...aperpun..thanks kepada sesaper yg terlibat dlm proses penghasilan buku ni...

farah~amira said...

salam....
nak tanya..kak shiela tue die ambik course ape kat UITM tue???\

ann said...

Terima kasih semua...

Insya-Allah, tahun depan maybe editor lain pula yang handle...

Untuk Farah,
Kak Shiela tu student mass com. kat UiTM.