AKAK FARIHAH ISKANDAR DAN ABANG BAHA KENA ROMPAK?

Labels:

Tak, bukan kena rompak dalam ertikata perompak datang acu pistol dan ambil duit.


Tapi bos besar kami ada beritahu tentang buku Dear Yayah dan Dunia Ini Sederhana Kecil yang telah dijual secara haram oleh sebuah laman web yang tidak bertanggungjawab. Caranya? Dengan menjadikan buku-buku tersebut sebagai e-book dan dijual dengan harga jauh lebih murah. Bukan buku-buku PTS ONE sahaja, buku dari penerbit lain pun terkena.

Duit hasil jualan itu, sudah tentulah satu sen pun tak masuk ke dalam poket akak Farihah dan abang Baha.

Kasihan, dah penat menulis sampai 3 pagi, buku dirompak pula oleh orang yang tidak bertanggungjawab. 

Kami di PTS ONE memandang serius isu ini. Mungkin tidak berapa sen mana sangat dia dapat (kerana kami percaya peminat-peminat Farihah Iskandar lebih sanggup dapatkan yang original), tapi nyata perompak ini tidak menghormati penat lelah pengkarya. Lebih dari itu, perompak ini seorang yang malas dan sanggup buat begitu untuk dapatkan duit dengan cara yang senang (merompak).

Kawan-kawan jangan ikut perangai jahat perompak ini. Kalau nak duit, carilah jalan yang betul dan diredhai.

Kawan-kawan, berikan sokongan kepada akak Farihah Iskandar dan abang Baha ya!

 

3 komen:

Alya said...

Kak Yayah dengan Abang Baha,

Sabar jerlah. Manusia memang
macam tu, nak cari jalan senang
bukan reti nak fikir apa yang
baik dan buruk. Balasannya nanti
diorang dapatlah..

Diorang dah melanggar peraturan
dengan mengulang cetak novel
PTSone. Kalau suatu hari nanti,
diorang ada hasil karya sendiri
bila orang cetak lain mesti geram,
marah, kecewa, kan? Fikirkanlah
sebelum buat sesuatu.

Alya harap Kak Yayah dengan Abang Baha bersabar. Setiap masalah ada penyelesaiannya. (macam kaunselor lah pulak) Terus kuatkan semangat untuk pemprosesan novel baru dan kalau boleh, jangan putus asa dalam bidang penulisan hanya kerana kes ini.

Anonymous said...

...Salam...Harap Kak Yayah dengan Abang Baha sabar2 kan hati...Sabar itu permulaannya pahit, tapi perakhirannya manis...

Siapa tahu, mungkin ini sebagai dugaan dan cabaran untuk membuat Kak Yayah dan Abang Baha lebih gigih berkarya?


Apa-apa pun, pasti ada hikmah di sebaliknya...

Lagipun, rezeki yang dirompak begitu, bukannya halal pun...takde keberkatan...kalau tak dibalas di dunia, pasti akan ada balasannya dekat akhirat...

Ma'an najah*; Kak Yayah dan Abang Baha!

Wassalam...



*semoga berjaya-dlm bahasa arab...

Anonymous said...

Allah!

Kak Farihah dan Abang Baha kena rompak?


Nak bagi motiy=vasi sikitlah dekat perompak tu!


Hey!Bayangkanlah!Kalau anda membuat sesebuah karya,kalau jugalah dalam masa yang sama,mereka cetak,apa yang anda rasa?

Marah,Bingung,nak hina-hina kan?????


Hah.Fikir masak-masak tindakan anda yang merompak buku Kak Yayah dan Abang Baha.Apa balasannya?


Kalau nak tahu jawapannya,kena fikir.Fikir apa balasannya jika orang yang merompak,mencuri?




Saya amat sangat berharap Kak Farihah Iskandar dan Abang Baha sabar.Berdoa setiap hari.Ingat Allah selalu.InsyaAllah,Allah selalu mengingati hambanya yang sentiasa mengingatinya.Dan jangan cepat menyerah nasib ya Kak Yayah dan Abang Baha!

Saya sentiasa mendoakan Abang Baha dan Kak Yayah berjaya.


Salam ,
Anonymous