Sejarah Ringkas PTS ONE
PTS ONE - DARI BUKIT TINGGI KE GEDUNG ILMU
PTS ONE adalah syarikat bersekutu dengan PTS Publishing SDN BHD. Syarikat PTS ONE memulakan langkah sederhana dalam dunia penerbitan buku di Malaysia. Asas penubuhan PTS ONE daripada semangat beberapa anak muda. Tahun 2005 di Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur, menyaksikan kelahiran bukan sahaja sebuah syarikat, tetapi sebuah jiwa yang sayangkan dunia buku Malaysia.
Dua nama menjadi penggerak paling awal dalam operasi syarikat PTS ONE yakni, Puan Norhazizam binti. Ab. Rahman dan Cik Nurismaliza binti. Ismail. Pada awalnya, PTS ONE menerbitkan buku-buku terjemahan dari Indonesia. Kemudian, lahirlah terbitan pertama dari anak tempatan bertajuk, Dato' Bahaman Orang Kaya Semantan. Komik ini hasil karya Shariati Shahidan, Mohd Fuad. Md Yatim dan Muhaimin Al-Hanani. Terbitnya karya ini menjadi titik permulaan PTS ONE sebagai medan pengkarya tempatan menyumbangkan kerja kreatif yang bermutu tinggi.
PTS ONE tidak menoleh ke belakang lagi. Sejak hari itu fokus PTS ONE semakin jelas. Laut biru yang belum diterokai menjadi medan penjelajahan tenaga dan jiwa dalam PTS ONE. Menjelang tahun 2007, PTS ONE berjaya mempopularkan kembali dunia buku-buku remaja dan menjadi tunggak bagi genre berkaitan. Antara karya yang menjadi kebanggaan PTS ONE ialah siri Dear Yayah dan siri Adam Kecil.
Misi PTS ONE tidak terhenti setakat ini sahaja. Tahun 2008 adalah tahun yang menarik dan mencabar. Insya-Allah, berkat kesungguhan jiwa-jiwa penggerak PTS ONE dan sokongan pembaca, medan ini bakal menjadi sesuatu yang menghiburkan tetapi dalam pada masa yang sama memajukan negara.
0 komen:
Post a Comment