Karya terbaru Aizam Aiman!
Friday, January 23, 2009 | 16 Comments
Salam perkenalan!
Sepanjang seminggu saya bekerja di sini, saya amat gembira kerana rakan-rakan sekerja baik dan peramah. Terasa seakan-akan zaman sekolah dahulu. Berkenalan dengan rakan baru, cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan bersedia membina pengalaman yang baru.
Kawan-kawan juga tentunya ada banyak pengalaman berkenalan dengan rakan baru, bukan? Tentu ada yang malu-malu, tak kurang juga ada yang sememangnya peramah. Eh, ada yang tersenyum-senyumlah. Mengapa tu? Teringat kisah lucu ketika mula-mula masuk sekolah ya? Hehehe... simpanlah semua ingatan itu kerana apabila adik-adik sudah meningkat dewasa kelak, cerita-cerita zaman sekolah itulah pengerat hubungan persahabatan. Sesi bercerita kisah lucu di zaman sekolah takkan berakhir keseronokannya!
Tetapi untuk membina persahabatan yang utuh, kita sama-sama perlu memberi dan menerima. Kalau kita mahu rakan lain baik dengan kita, kita kenalah berbuat baik dengan mereka dahulu. Kemudian barulah terjalinnya persahabatan yang kekal abadi. Harap adik-adik gembira dengan rakan-rakan adik, seperti mana saya gembira menyertai geng PTS One =)
Semoga berjumpa lagi, adik-adik!
-Kak Husna-
Tuesday, January 20, 2009 | 7 Comments
Nomik ALAN ALONE
Ia menceritakan kisah budak kecil bernama ALAN yang ditinggalkan seorang diri di tengah bandar. Oh... dia bukan seorang, sebenarnya dia juga ditemani sebuah robot comel. Macam-macam perkara mereka jumpa sepanjang dugaan itu. Rasailah pengalaman menarik mereka dalam bentuk komik dan tulisan dalam *nomik, ALAN ALONE.


Inilah tempat penulis mengedit komik.
*nomik = novel dan komik dalam satu buku.
Friday, January 16, 2009 | 5 Comments
Melah Melia 3 Kembali Lagi!
Hai kawan-kawan!
Masih ingat Melah Melia? Alah... budak perempuan yang naif tetapi bijak itu! Yang ada masalah... tut.... Hehe....
Sudah lama Melah Melia menyepikan diri. Hmm... bagaimana agaknya kehidupan Melah Melia yang baru ya?
Eh, apa sudah jadi dengan Syamimi, kawan baik Melah Melia? Dia ada masalah? Masalah apa?
Melah Melia bersedih? Mengapa pula? Betulkah Syamimi sudah menyingkirkan Melah Melia daripada hidupnya?
Ish... ish... banyak perkara rupa-rupanya berlaku dalam hidup Melah Melia sekarang.
Hmm... nampaknya kawan-kawan terpaksalah tunggu kemunculan Melah Melia 3 di pasaran! :)
Oh, ya, kepada kawan-kawan yang masih belum mengenali Melah Melia, belum terlambat. Kawan-kawan boleh dapatkan Melah Melia dan Melah Melia 2 yang kembali hangat di pasaran! :)
Hendak tahu lebih lanjut tentang Ainin Naufal yang mewarnai dunia kawan-kawan dengan karakter Melah Melia yang comel? Apa kata berkenalan dengan Kak Ainin di sini!
Wednesday, January 14, 2009 | 5 Comments
Siri terbaru daripada Aizam Aiman
Hai kawan-kawan....
Bagaimana dengan sesi persekolahan yang baru bermula? Seronok? Dapat guru baru? Kawan baru? Ataupun dapat kembali sekelas dengan geng lama? Satu kelas dengan geng popular? Atapun pelajar pandai? Ataupun kawan-kawan sendiri yang tergolong dalam geng-geng itu? Hehehe....
Walau apa pun, semoga kawan-kawan gembira dan bersemangat untuk belajar dan belajar!
Oh ya, walaupun sudah kembali sibuk dengan pelajaran di sekolah, jangan lupa dapat buku-buku PTS One. :) Setiap bulan, kami berusaha dengan sedaya upaya, bagi memberikan yang terbaik untuk kawan-kawan. :) Terharu? Hehe.... :P
Kepada kawan-kawan yang ternanti-nantikan karya terbaru Aizam Aiman, harap bersabar. Bulan Februari nanti, kawan-kawan berpeluang mendapatkan karya terbaru dia. Tapi... ini bukan sambungan My Secret. Ini buku pertama untuk siri baru. Buku apa? Nak tahu? Apa kata kita jengah blog Aizam Aiman di sini!
Selamat belajar dan membaca buku-buku PTS One. :)
Thursday, January 08, 2009 | 0 Comments