Novel Gitar dan Lolipop

Gitar dan Lolipop

Melihat kulit novelnya, sudah terbayang cerita anak muda yang gilakan muzik. Namun, apabila membaca tajuknya pula, pelbagai persoalan terbayang. Apa kaitan gitar dan lolipop? Selalunya gitar dikaitkan dengan lelaki, manakala lolipop dikaitkan dengan kanak-kanak ataupun perempuan.

Wujud suatu pertentangan di sini. Namun pertentangan ini digabungkan menjadi tajuk novel terbaru Nuriazam Ismail. Menariknya novel ini, ia menceritakan anak remaja yang bermain muzik tetapi pada masa sama terikat dengan tangungjawab sebagai pelajar dan keluarga.

Antara babak yang terkesan dalam hati saya, apabila watak utama mendengar lagu ciptaan sendiri dimainkan oleh kumpulan muzik terkenal. Sayangnya, lagu itu sebenarnya diplagiat tanpa izinnya. Jangan terkejut, cerita ini diakhiri dengan satu plot yang membuatkan anda termenung. Tidak tahu samada anda patut gembira ataupun sedih. Sesuatu yang jarang berlaku dalam penulisan moden. Anda patut rasai pengalaman membaca plot seperti ini.

Apa pula kaitannya dengan Lolipop? Cukuplah saya beritahu, selepas membaca novel ini, apabila saya terlihat budak perempuan makan gula-gula itu, pasti teringat Liz Lolipop.

Melihat pertembungan konflik dari cerita ini, novel ini boleh dianggap sebagai novel yang disenangi pembaca perempuan dan lelaki.

 

3 komen:

farah~amira said...

sinopsis cerita yangagak menarik dan membuatkan novel ini akan menjadi novel bulanan saya...

Unknown said...

novel yang bagus..terutama untuk yang gila akan muzik atau gitar..

Anonymous said...

sinopsisnya bagus membuatkan org yg tak beli boleh faham cerita dan membuatkan org lain ingin membelinya. wah,bagus betul!