Tarikh akhir Cerpen Raya!

Ramai yang menghantar e-mel mengatakan baru terbaca iklan mengenai cerpen raya dan minta ditunda lagi. Jadi, atas jasa baik pihak pengurusan, tarikhnya ditunda.
Tarikh akhir menghantar cerpen selewat-lewatnya 14 Julai 2008.

Ni iklan yang lepas

Assalamualaikum…

Buat semua pembaca PTS One, pihak kami sedang mencari peminat yang sudi menulis cerpen bertema Hari Raya/Puasa. Masih ingat dengan buku remaja@ptsone yang diterbitkan pada hari raya tahun lepas? Buku seumpama itu akan diterbitkan lagi tahun ini tetapi bezanya kali ini, pihak kami berbesar hati untuk memuatkan 20 cerpen khas dari pembaca PTS One.

Tentu adik-adik mahu karya adik-adik turut dimuatkan bersama karya-karya penulis terkenal seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar dan ramai lagi...

Karya yang terpilih bukan sahaja akan diterbitkan malahan adik-adik akan menerima bayaran sebanyak RM50 sebagai duit raya dan senaskhah buku remaja@ptsone Bumper Raya 2008!

Spesifikasi cerpen

Tema: Hari Raya atau Puasa (watak remaja atau kanak-kanak)

Saiz: A4 (Times New Roman, Font 12, double spacing)

Hanya 6-8 halaman sahaja!

Hantarkan e-mel adik-adik kepada nurismaliza@pts.com.my selewat-lewatnya 2hb Julai 2008!

Sertakan sekali (diwajibkan)….

Nama penuh:
Nama Samaran/Manja:
Umur:
T. Lahir:
E-mel:
Blog/Friendster/My Space (jika ada):
No. tel: (akan dirahsiakan)
Alamat rumah dan poskod: (akan dirahsiakan)
Dua novel PTS One yang paling digemari:
Dua penulis PTS One yang paling digemari:


Hantarkan segera ya! Kami tunggu cerpen adik-adik semua!

 

4 komen:

MIRA said...

Salam kak Ann,

Kalau nak hantar lagi cerpen raya pun boleh?

ann said...

Boleh.
Setakat ni ada yang hantar 2-3 cerpen. Tapi akak tak janji semua cerpen akan diterbitkan. Hanya 20 cerpen yang terbaik sahaja yang akan diterbitkan (Ada kemungkinan lebih daripada satu cerpen terpilih).

Pemenang cerpen yang terpilih akan diumumkan dalam blog PTS One pada hujung bulan Julai 2008.

Sama-sama kita nantikan.

Nina said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

akum,kak ann kalau nk hntar novel tapi bkn pasal raya,tapi kisah plajr rmaja yg umur 20-an,kisah cinta gak laa..skang ni saya tgh siapkn buku yang ke2,tajuknya
CERITA ANTARA 6 ORANG SAHABAT(DIALOG),CERITA ANTARA 6 ORANG SAHABAT(CERITA)..