Penulis PTS ONE di tempat terbaik asia

Seperti yang dihebohkan pada entri sebelum ini, penulis-penulis PTS One sempat meluangkan masa bertemu pembaca. Kejadian berlaku di PKNS Shah Alam sempena Pesta Buku Selangor 2008. Menurut orang kuat Perpustakaan negeri Selangor, pesta buku kali ini adalah yang paling meriah yang pernah diadakan.

Trivia buat kawan-kawan, PKNS Shah Alam pernah memegang rekod asia sebagai pusat membeli belah terbesar di Asia Tenggara pada era 80-90an. Sekiranya kawan-kawan pernah datang ke situ, pasti dapat bayangkan betapa untungnya kawan-kawan hari ini.

Inilah Bahruddin Bekri (Dunia ini Sederhana Kecil) dan Faizal Dzasrik (Yong Tau Fu & Ini Suatu Cerita).

Ashadi Zain sedang mengajar peminatnya melukis Adam Kecil.

Terima kasih pada semua penulis PTS ONE yang terlibat. Buat kawan-kawan, jangan lupa datang ke aktiviti promosi PTS ONE yang lain ya. :)

 

5 komen:

Anonymous said...

kak ann..
bila agaknya pemenang bagi menulis cerpen hari raya akn diumumkan yer?

Anonymous said...

mengapa bahruddin bekri dan faisal dsazrik muram? tak ada orang beli buku mereka ya?

alifstyle said...

bukan muram. Sekiranya dilihat betul-betul, mereka senyum dalam keadaan letih. Maklumlah, sampai-sampai sahaja, dipaksa oleh editor melayan peminat.

Anonymous said...

Uikkk... muka pun tak bersemangat, camner nak jual buku.

faizul darius said...

oh ini ashadi zain rupanya