PERADUAN DUTA AKU MAHU

Labels: , ,

Ini bukan artwork final, masih dalam proses penambahbaikan. Harap maklum

UPDATE:
Kami memberi sedikit kelonggaran terhadap syarat penyertaan. Kali ini kami cuma mahu duta mengumpulkan minimum 20 orang kawan satu sekolah (Tak kisah satu kelas, berlainan kelas atau berlainan tingkatan sekalipun, janji satu sekolah). Kumpulkan kawan-kawan duta di satu lokasi yang strategik dan mula bergambar untuk dihantar ke peraduan DUTA AKU MAHU!!!


Sempena dengan novel kembar Ain Maisarah bertajuk Aku Mahu Ke New York yang berada di pasaran menjelang Disember 2008, PTS ONE mahu menghangatkan penantian kawan-kawan dengan satu peraduan yang hebat. Bukan sahaja kawan-kawan yang menang, tetapi satu kelas berpeluang memenangi hadiah berupa boxset yang mengandungi novel kembar Aku Mahu ke New York dan barangan eksklusif lain! Ya... setaip wajah yang terpapar dalam gambar kelas paling kreatif akan mendapat hadiah ini. 

Bagaimana mahu menyertai peraduan ini? 

1. Kawan-kawan yang hendak menjadi duta perlulah mengumpulkan semua kawan sekelas.

2. Ambil foto satu kelas (lengkap dengan pakaian seragam sekolah)  dengan aksi yang paling unik dan kreatif. Lokasi penggambaran hendaklah di sekitar perkarangan sekolah (kelas, taman, kantin, dan sebagainya).

3. Lengkapkan borang penyertaan dan hantar! 

Syarat-syarat Penyertaan:

1.Terbuka kepada warganegara Malaysia.

2. Borang penyertaan boleh didapati di blog PTS ONE: www.pts-one.blogspot.com dan laman web Ain Maisarah, http://ainmaisarah.blogspot.com/

3.Pemenang akan diadili berdasarkan gambar kelas paling kreatif.

4.Sebarang gambar yang mengandungi unsur yang mengganggu sensitiviti masyarakat Malaysia akan ditolak penyertaannya.

5. Keputusan juri adalah muktamad.

6. Tarikh tutup penyertaan pada 24 November 2008 

Hantarkan gambar bersama borang penyertaan yang diisi lengkap ke: 

PTS ONE: PERADUAN DUTA AKU MAHU, No 3, Jalan Industri Batu Caves 1/6, Taman Perindustrian Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor. 
 

Download borang penyertaan di sini: BORANG PENYERTAAN PERADUAN AKU MAHU

 

6 komen:

halim said...

Knape ek kite nk download borang tk bleh???

halim said...

Ok..dah bleh download..tapi..brape orang pemenang yang dipilih??

Anonymous said...

leh send x kat email kte borang peraduan 2............email kte, ima_ezarina14@yahoo.com

Anonymous said...

sy x pasti nak msk peraduan nie camne?pos gambar photostate xleh?

Syarfa Azra said...

ala..dah lepas!

anis suraya said...

buku nier dah keluar ker??? saya nier bukannyer mengikut perkembangan pon!!! about peraduan macamaner???? nak sent kepada????? buku aku mahu popular best sangat. ceritanyer manarik. rasa nak baca banyak kali...... so I LOVE TO READ PTS ONE BOOK. KAK AIN X NAK TULIS CERITA BARU KERRR????????