PTS ONE DI PERPUSTAKAAN

Labels: ,

Sebagai penerbit buku kanak-kanak dan remaja, kami sudah tentulah mahu buku-buku PTS ONE dibeli oleh Perpustakaan Negara dan diedarkan ke perpustakaan di seluruh Malaysia.

Misi PTS ONE adalah menerbitkan buku yang segar dan diterima oleh pembaca generasi alaf baru disamping tidak mengabaikan aspek pendidikan dan bahasa. Molek benar jika buku-buku PTS ONE dapat memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang bergantung sepenuhnya kepada perpustakaan kerana tidak mempunyai wang untuk membeli buku. 

Perpustakaan memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar-pelajar yang tidak mampu.

Kami nak mengadakan sedikit "mini-survey". Harap kawan-kawan dapat menolong. Begini caranya;

1. Pergi ke pusat sumber Sekolah atau perpustakaan yang paling hampir dengan tempat tinggal kawan-kawan,

2. Senaraikan buku-buku PTS ONE yang terdapat di rak perpustakaan itu.

3. Beritahu kami di ruangan komen.

Tidak ada hadiah untuk survey ini. Tapi kita sama-sama dapat membantu mempertingkatkan bekalan buku-buku berkualiti di perpustakaan. Lantas menolong golongan yang kurang mampu untuk sama-sama menikmati buku.

Terima kasih

Nota: Teringat kata seseorang, "Saya tidak minat nak masuk ke Perpustakaan. Buku-buku zaman ayah saya sahaja yang ada.

Baik ayah saya sahaja yang masuk!"

 

6 komen:

Anonymous said...

Nak tanya sket...
1.Kat library sekitar
sklh kat S.Alam
ada x buku2 PTS ONE??
2.Bila buku2 Pts One diedarkan
di library??
3.Buku lama or buku baru
keluaran PTS ONE yg
diedarkan kat library
skolah???

~Afrina~

Anonymous said...

novel pts one..ada..
pts millenia..ada..
bku kerjaya, panduan...ada..
my skul mmg m'galakkan student bca bku pts ni..

so xde mslh kalo nak meminjam..mmg belambak kat rak library skul sy..

tahniah pts company..slruh m'sia menyokong anda dr yg tua smpi ke yg skola tadika

Unknown said...

Perlu juga disasarkan kepada warga muda (antara 4-12tahun) yang berada di luar negara yang kebanyakannya tidak berkesempatan untuk mengukuhkan bahasa, menambahkan perbendaharaan kata, menjadikan novel melayu sebagai koleksi dan amat perlu dicambahkan nilai estetika berbahasa yang upaya dihindari sifat sejarah yang menerima pembohongan sebagai sesuatu yang menarik dan dibuktikan kesahihan fakta bahawa memahami sejarah menjadikan tidak perlu diulang-ulang kehilafan yang serupa.

Anonymous said...

hai
skola saya SMK PUTERI AMPANG.
memang tiada buku terbitan PTS
tetapi saya peminat buku keluaran PTS.
jadi saya akn beli untuk diri saya sahaja
saya harap warga smkpa yg memasuki pusat sumber sekolah boleh berada di pusat sumber saya

Ain said...

as'kum kat sklh saye x de buku pts ia.......So,saye nak buku pts...ape-ape je jenis buku....saye arap sngt kalo pts boleh sumbangkan sikit(banyak)buku ok

Unknown said...

dekat sekolah saya langsung tidak ada buku pts.one