Selamat Tahun Baru 2009
Hi kawan-kawan!
Pejam celik, kita sudah berada di ambang 2009.
Bagaimana persiapan menjejakkan kaki kembali ke sekolah? Sudah bersedia fizikal dan mental? :) Kami mendoakan kawan-kawan dapat menempuh alam persekolahan dengan lebih cemerlang.
Cuti sekolah hampir berakhir. Bagaimana? Seronok menghabiskan cuti ditemani buku-buku terbitan PTS One? Sudah dapatkan boxset Aku Mahu ke New York? Sarah dan Bunga Mawar? Mengapa Aku Jadi Pengetua? DSA- Alam Ria Cuti Sekolah? Hmm... diari Dear Yayah pula sudah beli? Jangan lupa 1 Januari nanti mahu mencatat hal-hal peribadi di dalam diari itu! Hehehe....
Nantikan juga buku-buku baru terbitan kami yang akan muncul menemani kawan-kawan setiap bulan. Rindukan karya Alif Firdaus Azis? Ainin Naufal? Bahruddin Bekri? Farihah Iskandar? Eh, Aizam Aiman dan Natsya Effyzal pun ada? Hmmm....
Sabar ya... karya baru mereka akan muncul tidak lama lagi.... :)
Okeylah, semoga yang baik-baik berlaku dalam hidup kawan-kawan sepanjang tahun 2009. :)
Wednesday, December 31, 2008 | 7 Comments
Persiapan
Salam adik-adik,
Cuti sekolah sudah hampir habis. Tentu bosankan. Sudah lama bercuti terpaksa ke sekolah pula. Bagi yang bersekolah pagi kena bangun awal. Macam mana dengan persiapan adik-adik? Sudah beli baju dan kasut sekolah? Sekiranya yang lama masih elok, adik-adik boleh guna semula. Ini dapat membantu menjimatkan perbelanjaan ibu dan ayah adik-adik di zaman gawat ini. Tapi sekiranya adik-adik naik tingkatan 1 jangan pula pakai pakaian yang lama. Nanti cikgu marah pula.
Okey jumpa lagi nanti.
Thursday, December 18, 2008 | 0 Comments
Blog PTS ONE sedang dikemaskini
Apa khabar adik-adik?
Pasti seronok kerana sekarang cuti sekolah. Sekarang ini musim banjir dan tanah runtuh. Tidak selamat bermain di kawasan banjir dan di lereng bukit. Ingatlah orang yang tersayang.
Oh ya! Blog ini berlaku sedikit masalah. Minta maaf sekiranya rupa paras blog ini menimbulkan rasa kurang selesa kepada adik-adik. Kami akan mengembalikan wajah sebenar blog PTS ONE ini tidak berapa lama lagi. Mana Abang Wanzu Hairi? Kami memerlukan kepakaran Abang Wanzu Hairi yang hebat itu!
Saturday, December 06, 2008 | 3 Comments
Cuti Sekolah!
Wah! Mesti kawan-kawan sedang seronok bercuti sekarang ni bukan? Tapi, sekiranya singgah di kedai-kedai buku, jangan lupa untuk membeli buku-buku keluaran PTS ONE ya. Khas bagi cuti sekolah ini, kami mempunyai beberapa produk baru antaranya Sarah dan Bunga Mawar, Dear Yayah The Diary, Aku mahu ke New York 1 dan 2, 3P Hantu Legenda dan banyak lagi!
Wednesday, December 03, 2008 | 2 Comments
GOODIES DEAR YAYAH: THE DIARY
Kawan-kawan sudah memiliki DEAR YAYAH: THE DIARY?




Friday, November 14, 2008 | 12 Comments
DEAR YAYAH: THE DIARY: DI SEBALIK TABIR
Monday, November 10, 2008 | 0 Comments
Cover terbaru Sarah dan Bunga Mawar
Thursday, November 06, 2008 | 3 Comments
Berita fasal Sahabat Kole Kacang
Nota: Ini hanyalah contoh kulit buku dan masih belum diserahkan pada pereka grafik.Novel apakah ini? Pasti ada antara kawan-kawan dapat mengenal pasti identiti sebenar novel ini. Ini adalah cadangan kulit novel Sahabat Kole Kacang yang terbaru. Novel + komik ini akan muncul awal 2009 nanti. Ada kejutan besar untuk kawan-kawan melalui novel ini nanti.
BERITA kepada peminat siri Sahabat Kole Kacang
Pada 3 Februari 2008, dunia penulisan negara dikejutkan dengan kepermegian Allahyarham Ahmad Zafran ke rahmatullah. Beliau meninggal dunia ketika tidur di rumahnya, Seremban, Negeri Sembilan. Sahabat Kole Kacaang 3 adalah karya lengkap beliau yang terakhir. Kepermegiannya amat terasa pada semua kenalannya. Beliau seorang yang kuat berkerja dan suka bersahabat. Tidak lokek berkongsi ilmu dan menghormati semua orang. Sedekahkanlah Al- Fatihah kepada Allahyarham Ahmad Zafran. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Kawan-kawan boleh melihat blog Allahyarham Ahmad Zafran di sini.
Thursday, November 06, 2008 | 1 Comments
Cuti Sekolah
Hai adik-adik,
Cuti sekolah bakal menjelma tidak lama lagi. Ada apa-apa perancangan? Mahu bercuti ke mana?
Ini ada berita baik untuk penggemar siri Dunia Sains Aiman. Sudah dapatkan Dunia Sains Aiman-Diari Ramadan Aiman? Kalau belum cepat dapatkan. Siapa yang belum beli, rugi.
Selepas berhari raya, Aiman akan mengajak adik-adik bercuti. Ke mana? Kalau nak tahu dapatkan buku ini yang bakal keluar pada musim cuti sekolah nanti.
Tunggu ya...
Thursday, November 06, 2008 | 1 Comments
Peraduan Mengapa Aku Jadi Pengetua?
Hai kawan-kawan....
Dah beli buku terbaru Kak Kusyi Hirdan? Buku yang mana? Tentulah buku ini:
Kisah Izaz yang tiba-tiba sahaja dipaksa menjadi pengetua. Bermacam-macam kejadian serius tetapi kelakar yang terpaksa dilaluinya. Yang pasti, tentu tidak kering gusi tatkala membaca buku ini.
Kepada yang belum beli, sila beli dan baca. Percayalah kawan-kawan tentu seronok!
Oh, selepas baca, jangan lupa layari laman web Kak Kusyi pula. Mengapa? Hmm... kawan-kawan mahu menang hadiah?
Hadiah apa? Hendak tahu, semaklah sendiri. :p
Di mana? Di SINI
Selamat membaca! :)
Thursday, November 06, 2008 | 0 Comments
Dear Yayah The Diary + Hadiah PERCUMA!
Tuesday, October 28, 2008 | 10 Comments
PERADUAN DUTA AKU MAHU
Sempena dengan novel kembar Ain Maisarah bertajuk Aku Mahu Ke New York yang berada di pasaran menjelang Disember 2008, PTS ONE mahu menghangatkan penantian kawan-kawan dengan satu peraduan yang hebat. Bukan sahaja kawan-kawan yang menang, tetapi satu kelas berpeluang memenangi hadiah berupa boxset yang mengandungi novel kembar Aku Mahu ke New York dan barangan eksklusif lain! Ya... setaip wajah yang terpapar dalam gambar kelas paling kreatif akan mendapat hadiah ini.
Bagaimana mahu menyertai peraduan ini?
1. Kawan-kawan yang hendak menjadi duta perlulah mengumpulkan semua kawan sekelas.
2. Ambil foto satu kelas (lengkap dengan pakaian seragam sekolah) dengan aksi yang paling unik dan kreatif. Lokasi penggambaran hendaklah di sekitar perkarangan sekolah (kelas, taman, kantin, dan sebagainya).
3. Lengkapkan borang penyertaan dan hantar!
Syarat-syarat Penyertaan:
1.Terbuka kepada warganegara Malaysia.
2. Borang penyertaan boleh didapati di blog PTS ONE: www.pts-one.blogspot.com dan laman web Ain Maisarah, http://ainmaisarah.blogspot.
3.Pemenang akan diadili berdasarkan gambar kelas paling kreatif.
4.Sebarang gambar yang mengandungi unsur yang mengganggu sensitiviti masyarakat Malaysia akan ditolak penyertaannya.
5. Keputusan juri adalah muktamad.
6. Tarikh tutup penyertaan pada 24 November 2008
Hantarkan gambar bersama borang penyertaan yang diisi lengkap ke:
Download borang penyertaan di sini: BORANG PENYERTAAN PERADUAN AKU MAHU
Monday, October 20, 2008 | 6 Comments
PTS ONE DI PERPUSTAKAAN
Baik ayah saya sahaja yang masuk!"
Wednesday, October 15, 2008 | 6 Comments
LAMAN WEB MARSHA DAN MISHA
Kawan-kawan, Marsha dan Misha, kembar kesayangan kita sudah ada blog sendiri.
Wednesday, October 15, 2008 | 0 Comments
AKAN TERBIT - SARAH DAN BUNGA MAWAR
Wednesday, October 15, 2008 | 6 Comments
AKAN TERBIT


Thursday, October 09, 2008 | 5 Comments
Selamat Hari Raya
Assalamualaikum....
Ketika artikel ini ditulis, semua tenaga kerja PTS ONE sudah pun pulang ke kampung masing-masing. Ada yang pergi ke Johor, Perak, Sekinchan... Sabah pun ada. :)
Dalam video ini tertinggal 3 orang penting PTS ONE. Mereka bertiga tidak sempat ucap selamat hari raya dalam video ini kerana sibuk masukkan duit raya dalam sampul. Mereka adalah Kak Mazlia, Encik Nazri dan Kak Rafiza ( yang baru dapat baby comel itu.... )
Kami semua mengucapkan "selamat hari raya! Maaf zahir dan batin!"
Jangan lupa, masuk forum kami di http://ptsone.com.my/forum
Monday, September 29, 2008 | 0 Comments
Dear Yayah - The Diary
Hai adik-adik!
Mesti ramai yang tertanya-tanya bilalah agaknya Dear Yayah 5 nak keluar? Sila tinggalkan komen kalau adik memang menunggu Dear Yayah 5!
Sebenarnya Kak Farihah sekarang sedang bertungkus-lumus menyiapkan diari khas untuk adik-adik iaitu Dear Yayah - The Diary. Kak Farihah nak adik-adik semua memiliki Dear Yayah adik- adik sendiri.
Sekarang Kak Ann dan Kak Emila sedang sibuk menyiapkan layout Dear Yayah - The Diary supaya adik-adik semua dapat memiliki sebelum tahun 2008 ini berakhir....
Siapa yang tak sabar nak memiliki 'Dear Yayah'? Sempena lebaran yang hampir tiba, adik-adik kumpul duit raya banyak-banyak supaya adik tidak ketinggalan memiliki Edisi Khas Dear Yayah - The Diary yang cantik dan comel!
Thursday, September 25, 2008 | 27 Comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Salam adik-adik!
Wednesday, September 24, 2008 | 5 Comments
GALERI GAMBAR - MAJLIS PELANCARAN SIRI KEMBARA HAFIZ KARYA KUSYI HIRDAN

Friday, September 12, 2008 | 0 Comments
FORUM PTS ONE
Tepuk tangan kepada abang Wanzu Komik-M dan abang Azmie dari PTS Islamika yang telah bertungkus lumus menyiapkan forum PTS ONE.
Thursday, September 11, 2008 | 0 Comments
NOTA DARI SHIELA
Berikut adalah sedikit coretan beliau tentang dunia buku:
------------------------------------------
Suatu masa dahulu, remaja cenderung memilih novel-novel berbahasa Inggeris sebagai koleksi bahan bacaan mereka. Ini disebabkan banyaknya lambakan novel-novel terutamanya dari Amerika dan Britain. Persembahan novel-novel import ini menarik, selain kisah-kisah yang dipaparkan juga segar, berinfomatif dan dekat dengan jiwa remaja. Cara penulisan yang ringkas dan jalan cerita yang menyeronokkan menyebabkan remaja teruja membeli novel berbahasa Inggeris.
Namun, ada segelintir remaja yang tidak suka membaca novel berbahasa Inggeris. Mereka ini memilih untuk membaca novel-novel berbahasa Melayu yang skop ceritanya lebih menjurus kepada tema percintaan semata-mata. Tiada pilihan, maka mereka terpaksa 'menjamah' bahan bacaan yang tema ceritanya sama sahaja sejak dari generasi terdahulu. Hal ini menyebabkan wujudnya mentaliti remaja - novel bahasa Melayu adalah novel jiwang! Muka kulit pun, asyik gambar pasangan kekasih di tepi pantai!
Namun kini, ada beberapa syarikat penerbitan yang menemui formula baru bagi menarik minat remaja yang mahukan novel yang segar, berinfomatif dan dekat dengan jiwa remaja dan paling penting, dalam bahasa Melayu! Tidak perlu menterjemah novel bahasa Inggeris kerana kita sendiri memiliki penulis-penulis yang mampu menulis kisah-kisah menarik yang berlatarkan persekitaran tempatan.
Seronok kerana terdapat kisah-kisah yang sebelum ini remaja tidak tahu tetapi melalui pembacaan novel segar sebegini, terasa dunia lebih luas untuk diteroka. Yang lebih membanggakan, muka kulit novel yang ceria dan urban menyebabkan remaja tidak segan silu lagi memiliki novel berbahasa Melayu. Diharapkan kecemerlangan ini berterusan dan kualiti sentiasa ditingkatkan. Sekiranya remaja disajikan dengan bahan bacaan berkualiti, insyaAllah mentaliti pemimpin masa hadapan lebih maju dan lebih logik. Terima kasih PTS One!
Wednesday, September 10, 2008 | 3 Comments
Diari Ramadan Aiman
Hai kawan-kawan! Bagaimana dengan puasa hari ini? Mesti okey, kan. Apabila sebut fasal puasa, di sini kami ada buku fasal berpuasa.
Diari Ramadan Aiman
Aiman kelihatan bersemangat menyambut bulan Ramadan. Mana tidaknya? Aiman sanggup memecah tradisi hidupnya dengan membuat diari khas sempena bulan Ramadan. Inilah pertama kali dalam hidupnya Aiman buat begitu. Entah apa yang ditulisnya dalam diari itu, ya. Sekiranya adik beradiknya tahu, entah apa reaksi mereka. Pasti Azfar yang comel itu tergelak sakan melihat gelagat abangnya.
Mari kita curi baca, apa yang Aiman tulis dalam diarinya.
moral: Membaca diari orang lain adalah salah. Err… kecuali diari yang ini, sebab Aiman yang bagi kita baca. smile
Thursday, September 04, 2008 | 2 Comments
AKAK FARIHAH ISKANDAR DAN ABANG BAHA KENA ROMPAK?
Tak, bukan kena rompak dalam ertikata perompak datang acu pistol dan ambil duit.
Thursday, September 04, 2008 | 3 Comments
BARU - BUDAK PSIKIK: DENDAM PUTERI AISYA
Ini pula buku terbaru siri Budak Psikik. Buat mengubat rindu peminat-peminat siri Budak Psikik ini. Apa komen kawan-kawan?
Wednesday, September 03, 2008 | 7 Comments
SEKITAR PROGRAM MARI BERCERITA
Tuesday, September 02, 2008 | 0 Comments
Jom Jumpa Faizal Dsazrik Di MPH Subang Parade.
Hai kawan-kawan! Berita baik untuk peminat karya Faizal Dzasrik yang popular dengan novel "Ini Suatu Cerita" dan "Yong Tau Fu". Jangan lupa untuk mengunjungi MPH Subang Parade pada 30 Ogos 2008, jam 2 petang hingga 3 petang, untuk beramah mesra bersama beliau!
Apa yang menariknya, anda akan berpeluang berkaraoke bersama beliau pada hari itu, selain daripada sessi menandatangani buku dan kuiz. Ada hadiah istimewa menunggu untuk anda-anda yang datang nanti tau. Jadi, jangan lupa untuk luangkan masa bersama Faizal Dzasrik ya, kerana kehadiran anda dinantikan!
Wednesday, August 27, 2008 | 0 Comments
Pengumuman Pemenang Cerpen Raya Remaja@ptsone 2008
Syabas diucapkan kepada pembaca novel PTS One yang sudahpun menghantar cerpen. Daripada semua peserta, pihak PTS One sudah pun memilih 2o cerpen terbaik untuk diterbitkan dalam Remaja@ptsone 2008. Cerpen adik-adik akan diterbitkan bersama cerpen para penulis novel PTS One seperti Farihah Iskandar, Ain Maisarah, Ainin Naufal, Ezee Rahmani, Bahruddin Bekri, Faizal Dzasrik dan ramai lagi....
20 pembaca bertuah yang bakal menerima duit raya sebanyak RM50 dan buku remaja@ptsone 2008 adalah:-
Cerpen Pembaca
1. Aidilfitri Vs SPM - Syarifah Aimi Nadrah (Ishami Afza)
2. Di Mana Baju Raya Saya? - Nahddatun Nisaak (Kak Chik)
3. Aku dan Mercun - Syarifah Aimi Nadrah (Ishami Afza)
4. Apa yang Hilang? - Alya Rohaizan (Alya Chan)
5. Bas, Lori, Teksi dan... - Ameerul Hakeem (Akeem)
6. Jihad Puasa 3 Sekawan - (Ainur Al-Eishar)
7. Gadis-Gadis Badut - Sara Imanina (Sara)
8. Kenangan Pahit di Hari Raya - Halimatus Saadiah (Ima)
9. Jom Heboh di Aidilfitri - Nornajwa Amira (Mira)
10. Mia, Adikku - Nor Hazira (Peya)
11. Nama Saya Juhanis Ilyana - (Rowena R.)
12. Raya Datang Lagi! - Nur Amalina Farhana (PrincessFroggy)
13. Tragedi Hari Raya - Kausar (Kausar)
14. Syukur dan Taubat di Satu Syawal - Khairi & Rushda (Ayie Korie & Dianwarna)
15. Terima Kasih Pijoi! - Ezadatul Fakhira (Eira)
16. Yasmin, Kampung dan Raya - Nurul Zahidah (Zahidah)
17. Anak Abah Nak Duit Raya - Hazrieda (Pheng)
18. Keampunan di Aidilfitri - Nur Dini (Dini)
19. Puasa Oh Puasa! - Syarifah Aimi Nadhrah (Ishami Afza)
20. Balik Kampung - Nurul Zahidah (Zahidah)
Tahniah kepada semua peserta terutama mereka yang telah menghantar lebih daripada satu cerpen. Kepada mereka yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Harap cuba lagi tahun hadapan.
Dapatkan buku Remaja@ptsone 2008 pada bulan September 2008! Nantikan kemunculannya.
Tuesday, August 19, 2008 | 7 Comments
APA KOMEN 2
Hi kawan-kawan.
Kawan-kawan yang baik hati, sila pilih cover mana yang kawan-kawan suka. Terima kasih. :)


Monday, August 18, 2008 | 21 Comments
AHLI KELUARGA LAGI
Terkejut dengan Cik Mazlia yang sibuk menggodek mesin printer. Cover novel SYOK! terbaru, JALAN-JALAN CARI DOA tersangkut di mesin printer.
Kemudian datang sms:
"Saya selamat melahirkan baby boy di hospital Serdang"
Hani Ismail.
Wah, seorang lagi insan comel lahir di Planet Bumi. Tahniah buat Puan Hani Ismail. Kali terakhir bertemu dengannya di Pesta Buku Malaysia di PWTC. Terharu mengenangkan waktu sarat mengandung masih sudi hadir untuk mempromosi buku beliau, SIRI AKADEMI GEMILANG.
Semoga terus ceria dengan kehadiran permata kesayangan Puan. Dengar cerita, nak siapkan cerita baru semasa cuti rehat bersalin ni? :P
Wednesday, August 13, 2008 | 0 Comments
KELUARGA BARU PTS ONE
Tepuk! Tepuk!
Ucapkan selamat datang kepada keluarga baru PTS ONE.
1. Cik Haryani Kamilan
Beliau akan berganding bahu dengan Kak Ann untuk membangunkan produk-produk remaja perempuan. Berpengalaman luas dalam dunia penulisan dan mempunyai dua novel bestseller.
Selamat datang!
2. Puan Rafiza, editor PTS ONE telah selamat melahirkan cahayamata pujaan intan payung yang sulung. Kami sempat melawatnya di Hospital dan merakamkan wajah awal "Muhammad Umar Afif" yang comel dan bakal membuatkan maknya tak tidur malam.



Foto hakcipta Alif Firdaus Alif. Bayi di dalam foto bukan hakmilik Alif Firdaus Alif. Dia masih bujang tra la la.
Tuesday, August 12, 2008 | 0 Comments